Powered by Blogger.

Total Pageviews

Saturday, 15 September 2012

English sebagai bahasa paling banyak dipertuturkan ?




Mari kita lihat SEPULUH bahasa yang paling dipertuturkan di dunia. Pasti ramai yang menjawab English sebagai bahasa paling banyak dipertuturkan. Tapi sebenarnya jawapan tu salah! Nak tahu jawapannya, sila baca ranking kat bawah ni: 

10. Bahasa Perancis - lebih 130 juta penutur. Kebanyakannya dipertuturkan di Perancis, tetapi jangkauannya hingga ke Afrika, Kanada, sebahagian Asia dan Amerika Selatan. Sehingga zaman Revolusi Perancis, dasar imperialistik Perancis mengembangkan la langue Francaise ke seluruh tanah jajahannya. 

9. Bahasa Melayu/Indonesia - lebih dari 170 juta penutur. Dipertuturkan di Nusantara, ia merupakan bahasa kebangsaan Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei. Juga dipertuturkan di Timor Leste, Selatan Thailand dan Selatan Filipina. Kalau diambil kira jumlah penduduk sebenar Indonesia yang melampaui 220 juta orang, ranking bahasa ini sepatutnya lebih baik. Maklumat yang diambil dari internet ini bukannya selalu tepat. Ada sesetengah laman mengatakan penutur bahasa Melayu/Indonesia adalah hanya 76 juta orang! 

8. Bahasa Portugis - Selepas mencapai kemerdekaan dari Sepanyol pada kurun ke-12, pengaruh Portugis berkembang pesat, terima kasih kepada pengembara, Vasco da Gama. Eh, macam team bolasepak la... Terdapat 175 juta penutur meliputi Portugal sendiri, Brazil, Angola, Cape Verde, Perancis, Guinea-Bissau, Mozambique, Sao Tome dan Principe. 

7. Bahasa Bengali - He he! Bangla yang ramai itu telah meletakkan bahasa ini di tangga ke tujuh! Dengan Bangladesh yang berpenduduk lebih dari 120 juta orang, penutur bahasa ini berjumlah 210 juta orang, dicampur penutur dari India, Malaysia dan Singapura. 

6. Bahasa Arab - Bahasa Nabi Muhammad S.A.W. merupakan bahasa rasmi di lebih kurang 25 negara. Mempunyai lebih dari 260 juta penutur, ia meliputi dunia Arab dari Maghribi hingga ke Iraq. Bahasa Parsi dan Urdu juga menggunakan tulisan jawi tetapi berbeza dari bahasa Arab - bahasa Arab adalah bahasa Semitik manakala Parsi dan Urdu adalah Indo-European. Merupakan bahasa Al-Quran, ramai umat Islam sedunia boleh bertutur dalam bahasa Arab. Contohnya di Eropah, Amerika dan Asia Tenggara sendiri. 

5. Bahasa Rusia - Negara Rusia yang luas itu mempunyai 275 juta orang penutur. Kalau diambil kira pertambahan pesat bangsa Arab, ranking bahasa Rusia mungkin turun pada dekad depan. 

4. Bahasa Sepanyol - Terdapat 350 - 400 juta penutur. Merupakan bahasa rasmi di lebih 20 buah negara, ia dipertuturkan di Sepanyol, Argentina, Andorra, Belize, Colombia, Cuba, Honduras, Mexico, Nicaragua, Venezuela dan Amerika Syarikat. Jadi, bahasa Sepanyol berada di numero cuatro. 

3. Bahasa Inggeris - Bahasa universal masakini dengan 500 juta orang penutur. Bukan nombor satu!! Ada lagi bahasa lain yang lebih ramai penuturnya. Bahasa ini dipertuturkan secara rasmi di lebih dari 50 buah negara, suatu rekod. Dipertuturkan di banyak negara, di semua tanah jajahan British seperti Australia, Brunei, Cameroon, Kanada, Fiji, New Zealand, India, Hong Kong, Malaysia, Singapura, Seychelles, Sierra Leone, Afrika Selatan, Britain, Republik Ireland dan Amerika Syarikat. 

2. Bahasa Hindi/Urdu - Secara ironik, bahasa Hindi dan Urdu adalah bahasa yang sama. Di Pakistan, bahasa Hindi diubah dan ditulis dalam Jawi sebagai Urdu, sebaliknya di India, ditulis dalam tulisan Devanagari dan dipanggil Hindi. Digandingkan keduanya, 600 juta orang bercakap dalam bahasa ini. Juga dipertuturkan di Malaysia dan Singapura. Di kala sesetengah pakar mengatakan bilangan penduduk India akan melebihi penduduk China, penutur bahasa Mandarin tetap mengatasi penutur bahasa ini kerana bahasa Inggeris dipertuturkan secara meluas di India, tidak di China. 

1. Bahasa Mandarin - Ha, ni dia nombor satu! Bahasa Mandarin dipertuturkan lebih dari satu bilion orang. Kalau di Indonesia, dibicarakan satu milyar. Ini menjadikannya bahasa paling dipertuturkan di dunia. Selain di China, bahasa Mandarin dipertuturkan di Brunei, Cambodia, Indonesia, Malaysia, Mongolia, Filipina, Singapura, Afrika Selatan, Thailand dan Taiwan. Bahasa Mandarin merupakan bahasa yang agak sukar kerana ia boleh dibicarakan dalam 4 tone. Tetapi bila dah pandai, kamu boleh bercakap dengan satu bilion orang! 

Terdapat beberapa perkara menarik di sini, bahasa Jerman dan Jepun yang mempunyai lebih 100 juta penutur, gagal menempatkan diri di 10 tangga teratas. Terdapat juga beberapa bahasa utama lain yang tidak berada di kedudukan teratas seperti Itali, Korea dan Tamil. 

Friday, 14 September 2012

Pelaburan masa hadapan




Apakah yang menjadikan sesuatu itu bernilai ? Persoalan itu mungkin sesekali terlintas dalam pemikiran anda. Dalam entri kali ini akan membincangkan tentang nilai wang dan apa yang harus kita lakukan demi pelaburan masa hadapan.

Apabila masa silih berganti, sedarkah kita bahawa nilai wang itu akan berkurangan sedikit demi sedikit. Dahulu dengan hanya 30 sen sahaja sudah memadai untuk menikmati sebungkus nasi lemak. Namun kini RM 1 ke atas adalah nilai yang di letakkan untuk nasi lemak.

Nilai wang akan turun dari masa ke semasa


Hanya dengan sebungkus nasi lemak sahaja saya dapat membuktikan bahawa nilai sesuatu wang itu telah jatuh.

Jadi sudahkan anda bersedia menerima kejatuhan nilai wang untuk 10 atau 20 tahun akan datang. Apakah persediaan anda ? Mungkin ada antara anda yang berfikir untuk MENYIMPAN, supaya duit tersebut mampu menampung perbelanjaan anda di hari tua.

Maaf cara itu salah ! 

"Mengapa perlu menyimpan sesuatu yang akan jatuh nilainya ?"

Oleh itu, entri kali ini cuba membantu serba sedikit bagaimana pelaburan anda hari ini dapat menjamin masa hadapan.


Kenaikan Harga Emas

 Nilai wang akan jatuh hari demi hari, sebaliknya nilai emas sentiasa akan meningkat seiring dengan peredaran masa. Inilah peluang yang harus di ambil oleh anda.

Sebagai contoh anda boleh membeli emas yang bernilai RM 1000 pada hari ini. Kemudian emas itu anda jual pada 5-10 tahun akan datang dan pastinya harga emas itu akan berlipat-kali ganda. Semakin tinggi harga emas yang anda laburkan pada hari ini semakin tinggi keuntungan yang anda akan dapat.
Nilai emas akan naik dari masa ke semasa

 Maka tidak mustahil ramai yang menjadi jutawan hanya dengan pelaburan emas. Banyak sumber yang boleh anda jadikan panduan dalam pelaburan. Sebagai contoh e-book Rahsia Pelabur Emas dan Akaun Emas boleh anda jadikan panduan.

Rahsia Pelabur Emas dan Akaun Emas menyebabkan anda mengalami sedikit kos namun pulangan yang anda terima pastinya berlipat kali ganda lagi. Maka pelaburan ke atas ilmu juga salah satu yang amat berguna.


Keperluan Tempat Tinggal

 Jumlah kelahiran di Malaysia akan sentiasa meningkat, manakala jumlah kematian semakin berkurangan. Hal ini kerana, Malaysia merupakan negara yang makmur dan mempunyai kemudahan perubatan yang tinggi.

  Rentetan dengan jumlah kelahiran yang tinggi, maka makin bertambahlah penduduk negara Malaysia. Tahukah anda keperluan setiap manusia itu adalah tempat tinggal selain daripada makanan. Maka dari kesempatan inilah yang harus anda ambil.

 Sekiranya anda mampu untuk membeli beberapa buah rumah, amat di galakkan untuk membelinya. Walaupun anda tidak mempunyai isteri yang ramai untuk tinggal di kesemua rumah-rumah tersebut, hakikatnya rumah-rumah itulah pelaburan anda.


Rumah adalah keperluan asas manusia


 Bagaimana anda mendapat manfaat daripada rumah-rumah tersebut? Caranya adalah dengan menyewa rumah-rumah anda kepada mereka yang memerlukan. Dengan ini anda dapat meringankan beban mereka yang kurang mampu membeli, malah dapat juga  menambah pendapatan pasif anda.

 Terdapat pelbagai cara untuk menjamin masa depan anda namun menyimpan adalah cara yang kurang berkesan untuk keselesaan masa hadapan. Jika anda tidak berani mengambil risiko, kebarangkalian kejayaan untuk anda adalah tipis. E-book ini Rahsia Rumah boleh di jadikan panduan

Ingat pelaburan kepada ilmu juga penting, maka tak salah kalau laburkan sedikit wang untu e-book seperti  Rahsia Rumah .


**Teruskan bersama kami untuk lebih banyak info.

Tuesday, 28 August 2012

Kedudukan universiti-universiti Malaysia ( JULY 2012)



Kedudukan universiti-universiti Malaysia (data JULY 2012)


Kedudukan universiti-universiti Malaysia daripada kedudukan 100 tertinggi Asia

64. Universiti Kebangsaan Malaysia
65. Universiti Teknologi MARA
76. Universiti Putra Malaysia
84.Universiti Teknologi Malaysia
89. Universiti Malaya

Kedudukan 10 tertinggi universiti-universiti Malaysia

1.Universiti Sains Malaysia
2.Universiti Kebangsaan Malaysia
3.Universiti Teknologi MARA
4.Univeristi Putra Malaysia
5.Universiti Teknologi Malaysia
6.Universiti Malaya
7.Multimedia University
8.International Islamic Universiti of Malaysia
9. Universiti Malaysia Sabah
10. Universiti Utara Malaysia

sumber : http://www.webometrics.info

**Perubahan mungkin berlaku dari masa ke semasa.

Monday, 27 August 2012

RAHSIA HIDUNG




Allah menjadikan setiap umat-Nya berbeza antara satu sama lain. Setiap manusia ciptaan-Nya begitu unik dan mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Mungkin ramai yang tidak menyangka selain wajah dan tingkahlaku seseorang, bentuk hidung juga memainkan peranan dalam menyingkap peribadi seseorang itu. Jadi apalagi, cuba anda kaji dan selidik peribadi pasangan anda dengan melihat bentuk hidungnya.




Hidung panjang :


Jika pasangan anda memiliki bentuk hidung seperti ini, dia merupakan seorang yang mempunyai personaliti yang kukuh dan berpotensi untuk mempengaruhi orang lain yang berada di sekelilingnya. Dia seorang yang bercita-cita tinggi dan sangat sensitif orangnya. Jadi janganlah anda sengaja ‘mencari pasal’ dengan mereka yang berhidung panjang.

Selain itu, mereka juga mudah membantu dan sangat bermurah hati, hanya pada mereka yang tahu menghargainya! Anda tidak perlu membalas pertolongannya cukup sekadar anda menghargai bantuan yang dihulurkan itu. Mereka yang berhidung panjang juga dipercayai bijak menonjolkan diri dan mudah berjaya dalam perniagaan dan bidang seni.

Hidung kecil :


Si empunya hidung kecil, mempunyai daya imaginasi yang tinggi dan berbakat dalam bidang seni. Dia juga suka mengejar sesuatu yang baru dalam kehidupan. Bagi mereka yang berhidung kecil, suka mencuba sesuatu yang baru dalam kehidupan.

Dia juga seorang yang peramah, dan amat mudah menyesuaikan diri dengan keadaan sekelilingnya. Adakalanya sikap mereka sukar diramal dan mereka bersikap kebudak-budakan. Jadi usahlah anda rasa bosan dengan sikap si hidung kecil kerana mereka sememangnya seorang yang manja.

Awas, pemilik si hidung kecil tidak tetap pendirian. Dia juga mudah dipengaruhi oleh orang lain dan bersikap terburu-buru dalam membuat keputusan, tanpa memikirkan pro dan kontra keputusan tersebut. Ha… bila dah tersilap langkah, tiada gunanya lagi…

Hidung paruh burung :


“Eh, betullah. Sekali pandang, hidung dia macam paruh burung, nampak macam patahkan!” Mungkin itu yang akan anda perkatakan apabila ternampak seseorang yang mempunyai hidung jenis ini. Ha… jangan tak tahu… mereka yang mempunyai hidung jenis ini ada keistimewaannya. Mereka mempunyai pendirian yang teguh dalam membuat sesuatu keputusan dan tidak mudah terpengaruh dengan kata-kata orang lain.

Mereka cukup tegas dalam apa jua keadaan, tidak terburu-buru dan menunggu masa yang sesuai sebelum membuat sesuatu tindakan. Pasti ramai yang berminat dengan pemilik si hidung paruh burung ini kerana daya pemikiran mereka cukup imaginatif, kreatif dan bijak, tetapi mereka agak sukar untuk mencari cinta sejati dalam kehidupan mereka.

Hidung tajam :


Ha… jaga-jaga dengan pemilik si hidung tajam! Mereka ini jenis yang memandang kebendaan. Bagi mereka aset dan wang adalah segala-galanya. Tiada apa lagi yang penting selain dua perkara tersebut. Erm, jangan salah faham, pemilik si hidung tajam ini, bukanlah kaki pisau cucur, mereka mengumpulkan aset dan mencari wang dengan tulang empat kerat mereka dan bukan menumpang kekayaan orang lain. Mereka sanggup bekerja keras demi memastikan kehidupan mereka selesa dan senang.

Hidung lurus:


Bertuahnya kalau anda berdampingan dengan si pemilik hidung lurus. Ha… mereka ini merupakan seorang yang setia dan adil dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Mereka adalah golongan yang sanggup berkorban demi orang lain berbanding menjaga kepentingan sendiri. Si hidung lurus akan mencari pasangan hidupnya yang juga setia dan tidak menipu. Awas, sekali anda telah menipu si hidung lurus, peratus kepercayaannya kepada anda akan turun ke tahap 0%. Jangan main-main.

Hidung kembang:


Mereka yang berhidung kembang merupakan seorang yang aktif dan cekap dalam melakukan apa jua kerja. Mereka seorang yang artistik dan suka mempelbagaikan aktiviti seharian mereka. Jika anda ingin meminta pertolongan, carilah pemilik hidung kembang sebab mereka akan membantu anda pada bila-bila masa. Mereka mudah kasihan kepada teman-teman, sehingga tidak sanggup untuk mengecewakan sesiapa.

Hidung runcing:


Mereka yang berhidung runcing adalah seorang yang lemah-lembut dan amat berdiplomasi. Ha… jangan tak tahu, mereka yang berhidung runcing juga licik orangnya, mereka juga bersikap pentingkan diri sendiri. Satu lagi kelemahan si hidung runcing, mereka mudah terpengaruh dengan apa juga yang dilakukan oleh orang lain. Mood mereka sukar dijangka, jadi janganlah anda melakukan sesuatu yang ‘bodoh’ kerana ia akan menjerat diri anda sendiri.

Hidung pesek:


Mereka yang memiliki bentuk hidung seperti ini merupakan seorang yang kuat berahsia. Orang yang tidak mengenali pemilik si hidung pesek tidak akan dapat menjangka perasaan mereka dari semasa ke semasa. Mereka juga dikatakan kurang yakin dalam melakukan sesuatu perkara, sedangkan mereka sebenarnya boleh menyelesaikan perkara tersebut dengan baik. Si hidung pesek cukup ramah dan mudah mesra walau dengan sesiapa sahaja. Mereka boleh membuatkan orang lain cukup senang dengan kehadiran mereka.

Monday, 13 August 2012

Diskaun tol Aidilfitri 37 peratus



pix_gal0
Kadar potongan, rebat tertinggi pernah ditawarkan

Kuala Selangor: Sempena Aidilfitri, pengguna 24 lebuh raya akan menikmati diskaun dan rebat tol 10 hingga 37.5 peratus, iaitu kadar tertinggi pernah ditawarkan. 
Pengguna kenderaan Kelas 1 yang menggunakan bayaran tol secara elektronik (ETC) di lebuh raya kendalian PLUS Berhad, bakal memperoleh rebat 30 peratus sepanjang hari pada 15,16, 22 dan 23 Ogos. 

Bagi lebuh raya lain, pengguna diberi diskaun empat hari mulai 18 hingga 21 Ogos ini, termasuk Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) yang memberikan potongan 37.5 peratus dengan mengenakan kadar rata 60 sen bagi semua kelas kenderaan, tunai dan ETC.

Kecuali Lebuhraya Pintas Selat Kelang Utara Baru (NNKSB) yang memberikan diskaun untuk tempoh sembilan jam bermula 11 malam 18 Ogos hingga 8 pagi keesokannya, lebuh raya lain memberikan diskaun sepanjang hari tarikh berkenaan.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor, berkata insentif tol itu bagi menyokong usaha kerajaan meringankan beban pengguna, terutama pada musim perayaan.

Beliau juga berkata jumlah pengguna lebuh raya dan jalan persekutuan dijangka meningkat hampir dua kali ganda ketika Aidilfitri berbanding hari biasa. 
Bagi Lebuh Raya Utara-Selatan, jumlah kenderaan pada hari biasa ialah 1.2 juta sehari. Bagaimanapun pada minggu depan dan minggu seterusnya, ia meningkat 500,000 kepada 1.7 juta kenderaan sehari.

Beliau berkata demikian selepas lawatan ke tapak cadangan pembinaan susur keluar bertol dari Lebuh Raya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR) ke Jalan B149 Kundang, dekat sini semalam.

Shaziman berkata, diskaun dan rebat tol itu secara tidak langsung memberi kesempatan kepada syarikat konsesi, terutama yang membabitkan jarak jauh menyusun jadual perjalanan pengguna supaya pergerakan lalu lintas lebih lancar.

Dalam pada itu, had laju di semua jalan persekutuan akan diturunkan daripada 90 kilometer(km)/jam kepada 80 km/jam mulai 12 Ogos hingga 26 Ogos sebagai langkah membantu kelancaran trafik dan mengurangkan kejadian tidak diingini.

Selain itu, kerja penyelenggaraan di semua lebuh raya dan jalan persekutuan dibekukan dalam tempoh seminggu sebelum Aidilfitri dan seminggu selepas itu, bermula Isnin ini.

Sementara itu, sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55 pada 31 Ogos, LDP dan Lebuhraya Maju Expressway (MEX) menawarkan tol percuma bagi semua kelas kenderaan, tunai dan ETC, manakala 22 lebuh raya memberi diskaun dan rebat 10 hingga 30 peratus.

Berita Harian

Nabi palsu di Russia



Faizrakhman SatarovFaizrakhman Satarov
Kazan: Pihak berkuasa Russia membongkar satu kumpulan ajaran sesat berhenti berhubung dengan dunia luar selepas hidup di ruang bawah tanah sejak 10 tahun lalu.

Pendakwa berkata, 27 daripadanya ialah kanak-kanak yang hidup dalam bilik tanpa alat pemanas dan bergelap. Mereka sudah dibebaskan dan ibu bapa mereka akan didakwa atas tuduhan mendera kanak-kanak. 
Pegawai kesihatan mendedahkan, ada kanak-kanak itu berusia satu hingga 17 tahun, tidak pernah melihat matahari. 

Mereka dihantar ke hospital untuk rawatan sebelum tinggal di rumah anak yatim buat sementara waktu, kata seorang doktor, Tatyana Moroz.

Pengasas kumpulan berkenaan, Faizrakhman Satarov, 83, yang mengisytiharkan dirinya nabi didakwa mengabaikan tanggungjawab sebagai pemimpin ‘Muammin’, kata timbalan pendakwa raya Kazan, Irina Petrova.

Perkataan Arab ‘muammin’ bermaksud ‘pengikut.’ Namun, pihak berkuasa, tidak menahan pengikut Satarov.

Kumpulan radikal 
Kanak-kanak itu ditemui minggu lalu selepas anggota polis memeriksa kawasan tempat tinggal kumpulan itu ketika menyiasat pembunuhan seorang pendakwah Islam Tatarstan dipercayai oleh kumpulan radikal yang semakin ramai pengikut di wilayah Volga River.

Satarov adalah bekas imam di wilayah berdekatan, Bashkortostan. Dia mengisytiharkan kediamannya di luar Kazan sebagai negara Islam. Dia juga mengarahkan 70 pengikutnya tinggal dalam ruang bawah tanah di bawah bangunan tiga tingkat yang mempunyai menara kecil berbentuk bulan.

Nabi kedua

Hanya beberapa pengikutnya dibenar keluar kerana menjalankan perniagaan di sebuah pasar tempatan. Rumah Satorov itu dibina tanpa kelulusan dan akan dirobohkan.

“Mereka akan datang dengan jentolak dan senapang tetapi mereka perlu bunuh kami sebelum musnahkan rumah ini,” kata ahli kumpulan itu, Gumer Ganiyev di saluran televisyen Vesti. Satarov memilih Ganiyev sebagai ‘nabi kedua’, lapor media tempatan. - Agensi/AP

BHarian

Wednesday, 8 August 2012

Mengenai Masalah Teknikal Laman Sesawang JPA




Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengalami masalah teknikal melalui laman sesawang permohonan penajaan JPA dihttp://esilav2.jpa.gov.my/ pada 7 dan 8 Ogos 2012 . Sehubungan itu, tarikh tutup permohonan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2012 secara dalam talian (online) telah dilanjutkan sehingga jam 11.59 malam pada 16 Ogos 2012 (Khamis).

Dokumen sokongan perlu diterima oleh Jabatan ini selewat-lewatnya pada 30 Ogos 2012 (Khamis). 

Pertanyaan mengenai masalah teknikal semasa mengisi borang permohonan dalam talian boleh dibuat dengan menghubungi 03-88853453, 03-88853541 atau 03-88853532. Talian-talian ini dibuka setiap hari dari jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang (Isnin-Jumaat).

Pertanyaan mengenai program tajaan boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-88853049 (10 talian) pada setiap hari bekerja mulai jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang atau melalui e-mel di alamat pidn2012@jpa.gov.my