Powered by Blogger.

Total Pageviews

Saturday, 20 October 2012

Teknologi Jam jadi teman bersenam




pix_gal0
PERNAHKAH terfikir merentas desa dengan jam di pergelangan tangan yang mempunyai kemudahan Sistem Kedudukan Global (GPS)?

Seharusnya sesiapa saja yang memiliki jam Forerunner 610, anda boleh melakukan apa saja untuk memulakan dimensi baru ketika berlari dan berjoging.
Mudah saja. Dengan sentuhan, jentik dan leret, jam ini membantu anda memulakan larian sambil mengumpul pelbagai data dan kemudian menyimpannya.

Untuk rekod, jam canggih ini memberikan anda beberapa cara bagi mengemaskini data latihan. Fungsi leret dan turun naik menjadikan mudah untuk mengubah latar (setting), mengkaji semula arkib larian anda dan banyak lagi.

Hanya jentik dengan pantas di atas skrin untuk pergi ke halaman latihan berikutnya dan anda boleh melihat banyak lagi data.

Skrin sesentuh 610 yang licin ternyata lasak apabila ia berfungsi. Malah ia mempunyai ketahanan apabila digunakan dalam hujan, berpeluh dan percikan air serta boleh berfungsi walaupun menyentuh dengan sarung tangan.

Di sebalik cermin licin ternyata jam ini bersedia untuk bekerja sekeras mana yang pemiliknya inginkan. Ia boleh memandu anda kembali ke tempat permulaan larian, memberikan kebebasan bagi meneroka laluan baru.
Selain itu, perkakasan latihan terbaru iaitu Virtual Racer, pengguna boleh mengubah sebarang senaman dan larian kepada "virtual matchup". Laporan Virtual Racer mencatat kepelbagaian kelajuan dan keadaan pada waktu itu, seolah-olah anda sedang bersaing dengan lawan anda. Atau gunakan fungsi "Virtual Partner" dan lihat bagaimana pencapaian anda berbanding kelajuan yang anda catat.

Forerunner 610 turut menawarkan amaran getaran yang boleh diasingkan mengikut masa, jarak, kalori, degup jantung atau nada. Jadi, apabila sampai di destinasi anda boleh rasakan getaran lembut.

Training Effect mengukur kesan sebarang aktiviti anda sama ada kecergasan aerobik yang pada dasarnya membantu berlatih dengan lebih berkesan selain menilai anda berdasarkan profil, degup jantung dan tahap kesukaran aktiviti yang dilalui.

610 juga mengasingkan zon degup jantung, amaran dan kadar jantung berdasarkan pengiraan kalori. Tidak ketinggalan anda juga boleh memantau berat badan, paras lemak, jumlah air dalam badan dan enam lagi ukuran apabila menggunakan Forerunner 610 dengan menggunakan Tanita BC-1000.

Kesemua bacaan direkod dalam Forerunner 610 dan kemudiannya secara automatik ke Garmin Connect apabila ia berada dekat dengan komputer.

INFO: FORERUNNER 610
Resolusi paparan: 128 x 128 piksel
Berat: 72 gram
Bateri: lithium-ion boleh caj semula
Jangka hayat bateri: 4 minggu dalam mod jimat; 8 jam dalam mod latihan
Kalis air, Skrin kadar degup jantung Garmin Connet dan Garmin Training Center dengan Windows XP atau lebih baru dan Mac OS 10.4.11 atau lebih awal degan Safari

Kembar siam terus cekal


Nur Badrishah dan Nur Bahiyah (kanan) di kediaman mereka di Kampung Semadong ketika bersiap untuk ke sekolah. 
 
Nur Badrishah dan Nur Bahiyah (kanan) di kediaman mereka di Kampung Semadong ketika bersiap untuk ke sekolah.
Ibu terkenang detik lahirkan anak 5 tahun lalu

Padang Besar: "Hari itu adalah hari ke-10 umat Islam berpuasa dan ketika itu saya berada di wad bersalin Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar bertarung nyawa melahirkan sepasang bayi kembar siam.”

“Kini sudah lima tahun berlalu, bayi kembar saya yang dilahirkan dalam keadaan bersambung di bahagian abdomen sebelum berjaya dipisahkan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 2 Februari 2008, kini aktif meneruskan hidup seperti kanak-kanak lain,” kata Sopiah Daud, 35. 

 
Sopiah, berkata walaupun tidak sempurna seperti rakan sebaya, Nur Badrishah dan Nur Bahiyah Norhisham, 5, terus cekal walaupun terpaksa menggunakan plastik saluran najis di perut seumur hidup kerana tidak mampu membuang air besar seperti kanak-kanak normal.

Berat 14 dan 12 kilogram


Nur Badrishah yang mesra dipanggil Shasha dan Nur Bahiyah yang dipanggil Yaya, sedikit kurus dengan masing-masing hanya mempunyai berat badan sekitar 14 dan 12 kilogram.


Berbanding Shasha, pergerakan Yaya kelihatan sedikit sukar kerana kedudukan tulang belakangnya yang senget menyebabkan postur tubuhnya kelihatan tidak seimbang, malah doktor sebelum ini meramalkan peluang untuknya berjalan adalah 50 peratus.


“Tidak ada yang mengembirakan hati seorang ibu melihat anak-anak membesar sihat begitu juga perasaan saya apabila melihat mereka berdua berpimpin tangan ke sekolah. Seperti tidak percaya kerana doktor meramalkan peluang Yaya untuk berjalan tipis kerana keadaan tulang belakang dan tapak kakinya yang bengkok dan lembik ketika dilahirkan, ”katanya.

Wednesday, 10 October 2012

Sunday, 7 October 2012

Sophie wanita RoboCop



SOPHIE amat teruja apabila dapat meninggalkan kerusi roda dan  kembali berjalan dengan bantuan Rex untuk kali pertama.

SOPHIE amat teruja apabila dapat meninggalkan kerusi roda dan kembali berjalan dengan bantuan Rex untuk kali pertama.
LONDON: Sophie Morgan boleh dianggap seorang RoboCop apabila separuh daripada tubuhnya berfungsi dengan bantuan peralatan canggih bernilai �90,000 (RM443,747).
Bagi sesiapa yang melihat Sophie, pasti akan berasa kagum.

Dari pinggang ke bawah, setiap tubuhnya disokong alat bermotor diperbuat daripada gentian karbon. Sophie, 27, mengawal pergerakan mesin itu menggunakan alat pada tangannya bagi membolehkan kakinya berjalan. Pada tiga langkah terawal, Sophie kelihatan menahan sakit tetapi dia tersenyum lebar beberapa detik kemudian. Hanya lima minit sebelum itu, dia hanya mampu duduk di kerusi roda apabila pergerakannya jadi sangat terbatas akibat lumpuh dari paras dada ke bawah.
Sophie ditimpa bencana sembilan tahun lalu apabila kereta dinaikinya terbabit dalam kemalangan dan insiden itu merosakkan tulang belakangnya.

Selepas beberapa tahun, dia menerima kenyataan tidak akan berjalan lagi seperti sebelum ini. Namun, media semalam melaporkan, Sophie adalah antara manusia pertama mendapat faedah daripada alat dikenali sebagai Rex itu.

Rex adalah kemajuan perubatan besar pertama dicapai untuk membantu orang lumpuh sejak beberapa dekad lalu. Ia membantu pesakit termasuk yang lumpuh dari paras leher ke bawah - untuk kembali berjalan.
Dalam perkataan lain, Rex akan menamatkan penggantungan pesakit lumpuh kepada kerusi roda. Sophie - kini bertugas sebagai penyampai televisyen - mencuba Rex kali pertama pada Mei lalu.

Katanya, ia adalah pengalaman yang sukar diceritakan.
“Dengan ketinggian 1.5 meter, lantai kelihatan begitu jauh apabila memakai Rex.

“Saya berasa selamat tetapi emosi bercampur-baur dan selepas beberapa minit saya tidak percaya boleh berjalan,” katanya. Pengalaman itu menyebabkan dia terus mahu mencuba Rex secara berterusan. Teman lelaki Sophie, Tom, 28, berkata sejak berkenalan lima tahun lalu, Rex membolehkan dia melihat kekasihnya berdiri untuk kali pertama. Ketika ini ada hanya 10 unit Rex dicipta dan 30 orang pernah mencubanya. - DM

sumber - Metro

Petua awet muda Dr M


Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkongsi petua menjalani kehidupan yang sihat ketika usianya telah mencecah 85 tahun.

Beliau berkata, "tidak berhenti daripada membuat kerja" dan sentiasa senyum merupakan rahsia yang diamalkan perdana menteri keempat itu.

mahathir ikmal  presidential lecture 290410"Jika kita rasa gembira, kita akan kelihatan muda, dan bila anda sudah tua, tolong jangan berhenti daripada bekerja.

"Buatlah apa-apa kerja. Fikirlah apa-apa yang boleh anda fikir. Tulis apa-apa yang boleh anda tulis tetapi jangan berhenti dari membuat kerja.

"Ia akan membantu anda untuk kelihatan muda," katanya dalam ucaptama semasa merasmikan Persidangan Penuaan Sihat Malaysia Kelima di sebuah hotel di Kuala Lumpur hari ini.

Turut hadir bersama beliau isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Selain itu Dr Mahathir turut memberitahu supaya melakukan perkara yang digemari supaya sentiasa kelihatan muda dan sihat.

Tidak bersukan
"Sebagai contoh, saya menggemari politik, saya sentiasa fikir yang saya boleh melakukan sesuatu yang lebih bagus dari orang lain. Sebab itu saya mengkritik orang dan ini membuatkan otak saya sentiasa bekerja," katanya secara berseloroh.

Beliau juga turut berkongsi mengenai amalan pemakanan yang dinasihati emaknya sewaktu beliau masih kecil.

NONE"Mak saya pernah berpesan kepada saya, jika sedang enak menikmati sesuatu makanan, berhentilah segera. Ia memang sesuatu yang susah, tapi saya telah melatih diri saya untuk berhenti ketika sedang menikmati makanan," katanya.

Ironinya, beliau mengakui tidak melibatkan diri dalam sukan.

Baginya, aktiviti itu boleh menyebabkan anggota badan tercedera.

Perkara itu, tambahnya, tidak elok untuk masa akan datang.

"Saya sekarang sudah agak tua, tetapi saya tidak memerlukan tongkat untuk berjalan dan saya bebas berjalan ke mana sahaja.

"Tapi kalau anda seorang yang gemarkan sukan, abaikan nasihat saya," katanya berjenaka.

Tuesday, 2 October 2012

Naza, Lend Lease maju KL Metropolis RM4b



Lakaran artis pembangunan KL Metropolis apabila siap sepenuhnya pada 2025.Lakaran artis pembangunan KL Metropolis apabila siap sepenuhnya pada 2025.
Lend Lease, kumpulan hartanah antarabangsa yang berpangkalan di Australia, menyertai Kumpulan Naza untuk membangunkan projek hartanah bercampur bernilai RM4 bilion di KL Metropolis, sebuah projek mega di Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Projek yang akan dimajukan di tapak seluas 4.376 hektar itu akan membabitkan pembangunan pusat peruncitan serantau, rangkaian pejabat, hotel dan kediaman. 
Bagi menjayakannya, Lend Lease yang juga sebuah kumpulan infrastruktur bersepadu sepenuhnya semalam memeterai Perjanjian Induk (HOA) dengan unit hartanah Kumpulan Naza, iaitu Naza TTDI Sdn Bhd. 

Pada majlis itu, Naza TTDI diwakili Timbalan Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Naza TTDI, SM Faliq SM Nasimuddin, manakala Lend Lease diwakili Ketua Eksekutif untuk Asia, Rod Leaver.

Mengulas mengenainya, SM Faliq menggambarkan usaha sama dengan kumpulan hartanah dari Australia itu sebagai satu petanda baik bagi mencapai aspirasi dan wawasan menjadikan KL Metropolis sebuah wilayah perdagangan dan pameran antarabangsa menerusi kombinasi hab aktiviti peruncitan, komersial dan kediaman.

Beliau berkata, ia bakal menjadi pelengkap kepada pembinaan Pusat Pameran Matrade yang dijangkakan siap sepenuhnya pada 2015.

Kerjasama itu, katanya bakal mengetengahkan pembabitan sumber, pengalaman serta kepakaran masing-masing dengan hasil pertamanya dijangka dapat dilihat menjelang akhir tahun ini. 
Sementara itu, Leaver berkata, dengan 30 tahun pengalaman beroperasi di Malaysia, Lend Lease yakin dapat membantu Kumpulan Naza menjayakan pembangunan mercu tanda pencakar langit baru di Kuala Lumpur itu, selain mewujudkan tanda aras baru dalam penciptaan masyarakat, seterusnya meninggalkan legasi positif bagi generasi akan datang.

KL Metropolis ialah projek Naza TTDI yang akan dimajukan di kawasan seluas 30.2 hektar membabitkan nilai pembangunan kasar (GDV) RM15 bilion.

Pembangunannya adalah bagi memenuhi peningkatan permintaan dalam industri Mesyuarat, Insentif, Konvensyen dan Pameran (MICE) serta pelancongan perniagaan. Ia secara umumnya disasarkan menjadi destinasi terkemuka dan pilihan untuk MICE di rantau ini.

Pelan induk KL Metropolis disediakan Skidmore, Owings and Merril, syarikat seni bina terkemuka dari Amerika Syarikat (AS) bertanggungjawab membangunkan binaan hebat dunia seperti Sears Tower di Chicago dan Burj Al-Khalifa di Dubai.

Projek itu akan dimajukan dalam tiga fasa dengan fasa pertama membabitkan GDV RM6 bilion akan dimajukan mulai tahun ini sehingga 2015 terdiri daripada pusat pameran MATRADE, dua menara kediaman, dua hotel, dua menara pejabat dan sebuah pusat runcit serantau.

Fasa kedua dengan GDV RM4 bilion akan dibina antara 2015 dan 2019 membabitkan pembinaan lima blok kediaman, tiga menara pejabat, hotel butik, pusat penjagaan kesihatan khusus dan menara mercu tanda.


sumber

Tuesday, 25 September 2012

Karaoke geli-geli bersama gadis seksi



WARTAWAN SINAR HARIAN
26 September 2012
Wanita warga Vietnam
Wanita warga Vietnam yang ditahan ketika menjadi teman penghibur pelanggan yang mengunjungi pusat hiburan, lewat malam kelmarin.
SERI KEMBANGAN – Berhibur ditemani gadis genit berpakaian menjolok mata! Itu antara pakej ditawarkan pengusaha pusat karaoke di kawasan komersil Putra Walk di Taman Pinggiran Putra di sini sejak setahun lalu.

Pengunjung dikatakan bukan sahaja boleh berkaraoke di bilik gelap namun turut dibekalkan wanita muda berpakaian seksi sebagai penyeri sekiranya mampu membayar kadar pakej khas ditawarkan.

Pegawai Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, Inspektor Roslin Mohd Isa berkata, bertindak atas maklumat awam pihaknya menyerbu premis yang pernah tiga kali diserbu sejak awal tahun lalu.

Menurutnya, lima warga Vietnam dan dua penjaga berusia antara 19 hingga dan 25 tahun serta dua pelanggan ditahan dalam Ops Noda bersama Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) lewat malam kelmarin.

Roslin berkata, premis didapati menjalankan perniagaan secara haram dan  tidak mempunyai lesen perniagaan sah daripada MPSJ

“Pengusaha didapati menawarkan tiga pakej berlainan kepada pelanggan termasuk aktiviti karaoke, minuman keras dan perempuan berpakaian seksi sebagai teman bersosial.

“Bayaran dikenakan antara RM150 hingga RM350 dan pihak kami mendapat maklumat mereka menjalankan perniagaan dari jam 8 malam hingga 5 pagi,” katanya.

Roslin berkata, pihaknya menolak kemungkinan berlaku aktiviti pelacuran di premis terbabit namun mengesyaki berlaku ‘tawar-menawar’ membawa wanita warga asing untuk menikmati layanan tambahan di tempat lain.

Katanya, hasil intipan sebelum ini mendapati wanita terbabit digunakan untuk berseronok dan berpelukan dengan pelanggan mereka.

“Kesemua ditahan termasuk dua penjaga akan disiasat di bawah Seksyen 39 (b) Peraturan Imigresen 1963 dan Seksyen 55B Akta Imigresen 1963,” katanya pelanggan juga di bawa ke IPD untuk diambil keterangan.

Sementara itu, semalam MPSJ diketuai Penolong Pengarah Penguatkuasa, Mazrul Zahar Mohamad mengambil tindakan menyita premis terbabit.