Powered by Blogger.

Total Pageviews

Tuesday, 3 September 2013

Subsidi Kerajaan Adakah Ianya " Mitos Dongeng Lagenda" ?


Sebelum korang baca apa yang didedahkan oleh Pakar Matematik Gunaan, Prof Madya Hamid Yeop Yeop Zainuddin dalam satu wawancara suatu masa yang lalu tentang subsidi minyak ini, tolong cari jawapan bagi persoalan yang dah lama aku fikirkan ini..

Satu persoalan yang dah lama aku fikirkan.. adakah benar Kerajaan yang ada sekarang ini benar-benar memberikan subsidi terhadap harga Minyak yang digunakan oleh setiap kenderaan yang bergerak dibumi Malaysia ini?

Cukai eksais dan cukai jualan yang dikenakan setiap kereta yang dijual ialah bermula dari kadar minima 85% hingga ke 115% ke atas harga asal kereta..

Katakanlah harga asal sebuah kereta itu ialah RM50,000 dengan menganggarkan cukai yang dikenakan Kerajaan dari harga asal ialah 100% iaitu RM50,000..

Bahagikan jumlah cukai yang dikenakan itu dengan kadar penggunaan petrol dalam satu bulan, dalam hal ini aku sendiri menggunakan kira-kira lebih kurang RM400 untuk petrol bagi satu bulan (pergi balik kerja saja ni..).

 RM50,000 bahagi RM400 jawabnya ialah 125.. 125 Bulan..

125 Bulan bahagikan dengan 12 bulan.. hasilnya ialah 10.42 tahun...

Kadar cukai yang dikenakan itu membolehkan kita mengisi minyak untuk kenderaan kita selama 10.42 tahun..

Jadi sebenarnya dalam hal ini siapa subsidi siapa?.. Kita subsidi Kerajaan atau Kerajaan yang berikan kita subsidi?

Fikir-fikirkan...

Bacalah apa kata Pakar Matematik Gunaan tentang kisah dongeng subsidi petrol ini..


Penyelarasan subsidi ke atas bebearapa bahan keperluan seperti petrol dan gula bukan sahaja memberikan kesan kenaikan harga keperluan asas lain, malah, pelbagai pihak dari sektor perkhidmatan juga menaikkan cas atas alasan tersebut.

Dalam keadaan yang semakin tertekan ini, kakitangan kerajaan yang bergaji RM3,000 sebulan pun sudah boleh dikategorikan miskin, apatah lagi yang tidak bekerja.

Ironinya, setiap kali kenaikan harga barang, golongan ini disaran berjimat cermat. Bagaimanakah lagi caranya hendak berjimat? Adakah sehingga makan sekali seminggu itu yang dikatakan berjimat? Semua saranan ini tentu sekali tidak akan meredakan kemelut sara hidup yang menyeksakan.

Bagi merungkai permasalahan kenaikan harga ini, ikuti wawancara khas wartawan NOR KHALILAH GUSTI HASSAN (Sinar Harian: 5 Januari 2011) dengan Pakar Matematik Gunaan, Prof Madya Hamid Yeop Yeop Zainuddin. Beliau menggunakan pendekatan Matematik untuk meneliti fakta apakah kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia benar-benar merugikan negara sehingga terpaksa mengurangkan subsidi rakyat.

1) Bolehkah harga bahan api ini diturunkan?

HAMID YEOP:

Ya boleh! Malah boleh diturunkan kepada 30 sen sahaja seliter jika menggunakan formula menurunkan harga minyak dan barang-barang yang sekaligus menghapuskan kemiskinan. Formula ini ditemui semasa kajian pada 2008 yang lalu.

Di pasaran dunia harga bahan api turun dan naik tetapi di Malaysia boleh dikatakan tidak pernah turun asyik naik sahaja.

Sesiapa pun faham ini membuktikan harga minyak di Malaysia tidak ditentukan oleh pasaran dunia. Ketika kita RM2.70 seliter, ada negara lain jual hanya 16 sen seliter (Venezuela).

2) Bagaimanakah boleh dijual begitu murah sekali?

HAMID YEOP:

Untuk memudahkan orang awam faham, ambil contoh kelapa sawit. Kita adalah negara pengeluar. Kalau dulu harga sawit RM1,000 satu tan, sekarang dah naik RM3,000. Kita untung atau rugi? Sudah tentu untung 3 kali ganda.

Begitu juga minyak mentah. Malaysia adalah sebuah negara pengeluar minyak dan menganggotai Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC). Jika Malaysia jual kira-kira 700,000 tong minyak mentah sehari pada kadar USD130 Setong (dengan kadar tukaran mata wang RM3.80 untuk USD1 satu ketika dahulu), ini bermakna perolehan setahun adalah USD33 billion iaitu melebihi RM126 billion. Dengan anggaran perolehan melebihi satu trillion ringgit untuk 10 tahun pada kadar disebutkan tadi, bolehkah Malaysia menurunkan harga bahan apinya? Jika benar rakyat didahulukan maka sudah tentulah jual murah didalam negara tetapi jual ikut harga pasaran di luar negara. Ini adalah hasil negara yang sepatutnya dinikmati rakyat.

3) Maknanya, kenaikan harga minyak mentah dunia tidak merugikan negara?

HAMID YEOP:

Ya benar. Bukan sahaja tidak merugikan Malaysia, tetapi sebaliknya mendapat keuntungan berganda. Seperti kelapa sawit, ramai yang tahu tetapi tidak ramai yang tahu pasal telaga minyak. Kita rujuk data 2008 dengan anggaran jualan minyak mentah Malaysia sebanyak 700,000 tong sehari. Oleh kerana minyak dijual dalam dollar Amerika, bagi memudahkan perbandingan, anggapkan kadar tukaran RM kepada USD ialah RM3.50 untuk USD1.

Harga minyak pada Januari 2007 adalah USD50 iaitu RM175 setong. Justeru perolehan setahun bagi 2007 adalah melebihi RM44 billion. Jun 2008, harga minyak telah naik kepada USD138 iaitu RM483 setong. Justeru perolahan setahun sehingga Jun 2009 adalah kira-kira RM123 billion. Ini memberikan tambahan lebihan untung sebanyak RM78 billion. Keuntungan tambahan ini tidak termasuk keuntungan lain seperti petrol dan diesel. Oleh itu, keuntungan sebenar hasil kenaikan harga minyak dunia adalah jauh lebih tinggi.

4) Dengan RM78 billion lebihan untung, lebih banyakkah subsidi?

HAMID YEOP:

Kalau tiada subsidi pun harga minyak boleh diturunkan, apatah lagi jika ada subsidi. Tetapi rakyat kini menanggung beban kenaikan harga minyak yang kononnya disebabkan kenaikan harga minyak dunia. Ramai yang ingin tahu kemanakah perginya lebihan untuk RM78 billion ini? Lagilah tidak logik kita terpaksa pula mengurangkan subsidi. Kita bukan Singapura dan kita tidak boleh ikut Singapura kerana ia negara pembeli bukan pengeluar. Harga di kilang tidak sama dengan harga di kedai.

5) Benarkah ada subsidi dan siapakah yang menerimanya?

HAMID YEOP:

Ketika minyak mentah berharga USD130 setong (RM455 pada kadar tukaran RM3.50 kepada USD1), kerajaan mengumumkan harga sebenar petrol di Malaysia adalah RM3.00 seliter dan diberikan subsidi RM0.30 sen menjadikannya RM2.70 seliter.

Jika benar ada subsidi, adakah subsidi diberikan kepada semua syarikat minyak seperti Petronas, Shell, Mobil, Esso, Caltex, BHP dan lain-lain? Tanpa subsidi atau suatu bentuk persetujuan bayaran tertentu kepada syarikat asing tersebut mustahil mereka mahu jual dengan harga sama seperti dijual Petronas, iaitu RM2.70 seliter.

Sekiranya syarikat asing itu tidak mendapat sejumlah subsidi (sama ada daripada kerajaan atau Petronas atau kedua-duanya), tentu mereka menjual mengikut harga yang memberikan keuntungan masing-masing sebagaimana yang dijual di negara lain. Sebab itu harga Shell di Singapura jauh lebih mahal.

Tinjauan saya mendapati stesen minyak membayar tunai dengan harga RM2.70 daripada pembekal syarikat asing. Daripada jumlah itu, mereka hanya memperolehi komisen RM0.095. Ini bermakna, pengusaha stesen minyak bukan penerima subsidi. Justeru kemungkinan besar subsidi tersebut dibayar terus kepada syarikat asing. Lebih 80 peratus daripada RM33 billion subsidi dibayar kepada syarikat asing.

6) Jadi berapakah sebenarnya subsidi minyak kepada rakyat?

HAMID YEOP:

Berdasarkan RM33 billion yang dikatakan tadi, kita boleh mengetahui penggunaan petrol negara ini dalam setahun adalah kira-kira 110 billion liter. Lebih kurang 301 juta liter sehari.

Mengikut laporan pada tahun 2007, terdapat 3,098 stesen minyak di seluruh negara dengan 40% daripadanya, terutama yang di bandar besar dan lebuhraya beroperasi 24 jam.

Ini memberi gambaran purata jualan harian bagi setiap stesen minyak adalah sebanyak 97 ribu liter sehari, atau hampir 3 juta liter sebulan. Suatu angka yang sukar diterima untuk sebuah stesen minyak kerana, secara purata jualan harian mereka tidak melebihi 20,000 liter.

Jika benar ada subsidi maka angka-angkanya mesti selari dengan pengiraan matematik tadi, tetapi kerana angka-angkanya tidak sekena, maka keputusan ini'menidakkan dan menolak kewujudan subsidi petrol berjumlah RM0.30 sen seliter atau RM33 billion setahun.'

Ada atau tidak subsidi minyak untuk rakyat? Andalah yang menentukan jawapannya.

7) Jika tiada subsidi, rakyat terpaksa membeli dengan harga yang mahal?

HAMID YEOP:

Sepatutnya tidak. Salah satu cara terbaik untuk menurunkan harga minyak adalah dengan menyerapkan terus keuntungan Petronas ke dalam hasil minyak (petrol dan diesel) yang dijual di dalam negara.

Penyerapan keuntungan ini akan membolehkan Petronas menjual Petrol dengan harga lebih rendah. Secara langsung akan menaikkan lagi keuntungan Petronas dengan peningkatan penjualan minyak.

Tindakan inilah yang sebenarnya menangkis persoalan ke manakah perginya keuntungan Petronas.

Lagipun bukan semua pengusaha syarikat asing seperti BHP, Esso, Caltex, Shell dan Mobil membeli minyak mentah dari Petronas. Itupun Petronas tetap mengaut untung berbillion ringgit. Sedangkan dengan harga USD50 setong kerajaan mampu menanggung subsidi berbillion ringgit, inikan pula USD138 setong (RM483).

Bila untung 2 kali ganda sepatutnya turun separuh harga.

Benarkah stok minyak kita akan habis?

HAMID YEOP:

Tuhan jadikan Malaysia unik. Laluan gempa bumi pun tidak menempuh Malaysia. Telaga minyak kita macam telaga air di kampung, dicedok banyak mana pun tidak akan habis. Minyak kita, kalau ambil satu tong dia boleh keluar lagi sehingga tiga tong. Saya banyak mmendapat maklumbalas daripada ramai bekas pelajar saya yang menjadi jurutera di Petronas dan di kawsan carigali.

Untuk satu jangka yang amat lama lagi dakwaan ini tidak benar. Kalau habis pun, saya percaya ketika itu minyak bukan lagi merupakan sumber utama tenaga.

9) Formula ini telah Prof cipta semenjak 2008 tetapi tidak diterima kerajaan. Apa komen Prof?

HAMID YEOP:

Sebagai rakyat biasa yang prihatin saya hanya membantu dan mencadangkan setakat yang termampu. Asalnya pun daripada permintaan salah seorang menteri kabinet. Pada pendapat saya, model ekonomi yang digunapakai sekarang adalah betul pada mereka tetapi salah pada rakyat.

10) Akhirnya apakah harapan Prof?

HAMID YEOP:

Menurunkan harga barang menjadi harapan sebahagian besar rakyat. Saya sedia berkongsi formula ini dengan mana-mana pihak terutamanya perti politik yang berhasrat memerintah negara ini, supaya penjelasan dapat diberikan kepada rakyat jelata. InsyaAllah jika pemerintah melaksanakan formula ini, semua rakyat akan jadi kaya dan dalam tiga tahun Malaysia akan jadi 'World Reserved Bank'.

Sisipan: SINAR HARIAN (5 Januari 2011)

oleh wartawan NOR KHALILAH GUSTI HASSAN

Sumber : Kedah Lanie

Monday, 2 September 2013

RM 40 boleh jadi RM 147 ?


Apa itu NMG Network ? 

Secara ringkasnya ianya adalah program dari sebuah syarikat berdaftar dengan nama Creative Great Service.

Bagaimana program ini membantu anda ?

Program ini membolehkan anda menjadi sleeping partner mereka . Dengan melabur RM 40 ringgit anda akan mendapat imbuhan sebanyak RM 147. Apa yang anda akan dapat jika anda memilih untuk melabur RM 120 ?

Adakah program ini cuma untuk menjadi "sleeping partner" ?

1. Selain anda menjadi "sleeping partner", selepas membayar RM 40 anda boleh    memasang iklan text sepanjang hayat anda dengan RM 40. Iklan bergambar memerlukan sedikit bayaran .

2. Program affilliate: Dengan memperkenalkan program ini kepada rakan-rakan anda . Anda layak untuk     menerima 50 peratus(%) komisyen.


Apakah risiko jika anda menyertainya ?

Risiko yang amat rendah, anda tidak akan muflis jika hilang RM 40 . Tambahan pula anda dapat meletakkan iklan anda di laman web tersebut seumur hidup anda .

Jika anda hidup untuk 20 tahun lagi . Harga anda bayar untuk iklan anda cuma RM 0.005479 sehari ! Lepas anda mati pun, iklan itu tetap akan ada. hehe

Jika Allah kata rezeki anda di sini, pasti akan ada hasilnya . 

Walau apapun keputusan anda, saya syorkan supaya anda Daftar percuma dahulu di sini ---> DAFTAR SEKARANG !!

Klik dan terus tekan Sign Up, Pastikan nama penaja anda MSOLUTION .

Monday, 19 August 2013

Rozita Che Wan Bertunang ?





16 Ogos- Pelakon dan pengacara Rozita Che Wan, atau lebih mesra dengan sapaan Che Ta, bengang dengan tindakan seorang individu yang memuat naik gambar Zain Saidin dalam laman Instagram miliknya dengan Majlis Pertunangan Rozita Che Wan Dan Zain Saidin menunjukkan seolah-olah Che Ta dan Zain telah melangsungkan majlis pertunangan pada Hari Raya Ketiga.
Che Ta mengatakan dia menyedari kehadiran lelaki terbabit yang asyik mengambil gambar ahli keluarganya sewaktu majlis rumah terbuka Rozita di Alor Setar, Kedah.
"Saya tidak pasti apa motif dia berbuat demikian sedangkan wajah saya tiada dalam gambar yang dimuat naik. Dalam gambar itu, peminat terbabit hanya bergambar dengan Zain dan adik saya, Ayu Raudhah. Apa yang pelik, dia berani meletakkan hashtag sedemikian" kata Che Ta.
Che Ta juga mengatakan dia tidak terkejut dengan cerita palsu itu kerana dia pernah memberitahu mahu terus menikah tanpa bertunang terlebih dahulu. Pelakon ini juga mengatakan mungkin pakaian warna hijau sedondon yang dipakai membuatkan ramai yang percaya dengan cerita itu.
Ketika ditanya mengenai persiapan perkahwinan, Rozita mengatakan dia dan Zain masih belum membuat persiapan kerana sibuk dengan kerjaya masing-masing, namun pasangan ini bertuah kerana ramai pihak yang ingin menaja majlis perkahwinan mereka yang bakal dilakukan di Kuala Lumpur.

Wednesday, 17 July 2013

Hattan bernikah lagi di JW Marriott pada Julai 24






TARIKH 24 Julai ini merupakan hari bersejarah buat penyanyi Hattan dan bekas isterinya, Arianie kerana akan mendirikan rumahtangga buat kali kedua. Majlis pernikahan tersebut akan berlangsung di JW Marriott Hotel di Putrajaya pada jam 5.30 petang.  

Menurut Hattan ketika ditemui baru-baru ini, majlis tersebut akan diadakan secara kecil-kecilan dan akan dihadiri oleh 200 orang tetamu termasuk keluarga dan teman rapat pasangan tersebut. 

Hattan dan Arianie mula berbincang secara serius untuk membina rumahtangga buat kali kedua semenjak dua bulan lalu selepas masing-masing bersetuju untuk memulakan episod baru dalam hidup mereka. 

“Saya lihat kesungguhannya untuk mengambil saya sebagai surinya jadi saya terus bersetuju menerimanya semula. Hati saya sudah terbuka untuk menikahinya semula,” kata pramugari kanan syarikat penerbangan Malaysia Airlines ini. 

“Saya juga redha dengan ketetapan Allah S.W.T. pada kami berdua. Terlalu banyak pengalaman hidup yang kami lalui dan akhirnya kami dapat bersama semula. Lagi pun, selepas bercerai dulu, Hattan masih menunjukkan sifat caring beliau terhadap saya,” kata Arianie.


Tahun lalu, Arianie telah bertunang dengan seorang duda beranak tiga dan dijadualkan untuk mendirikan rumahtangga tidak lama selepas itu. Namun, perhubungannya dengan jejaka tersebut berkecai di pertengahan jalan, ‘kerana kami tidak serasi bersama,” kata wanita tinggi lampai ini. 

Kebetulan pada waktu yang sama, perkahwinan kedua Hattan dengan Noorfarashikin Othman dilanda kemelut dan akhirnya berakhir pada November tahun lalu selepas dua bulan berkahwin.

“Jodoh kami terlalu kuat. Walaupun kami sudah bercerai, kami sangat ‘transparent’ dan banyak berkongsi tentang kehidupan peribadi masing-masing dan selama ini tidak pernah timbul perasaan cemburu atau iri hati terhadapnya. Rupa-rupanya, sudah tersurat yang kami akan bernikah semula,” kata Arianie yang memang sinonim dengan watak peramah dan periangnya.

Kata Arianie, perancangan majlis perkahwinan mereka telah diserah bulat-bulat atas budi bicara Hattan termasuk dari aspek lokasi, menu dan tetamu.

Hattan dan Ariani pernah berkahwin pada 17 Disember 1996 sebelum bercerai pada 10 Mac 2005 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, Selangor. Mereka telah dikurniakan seorang putera, Adam Eiman, 14 hasil perkongsian hidup selama 11 tahun. 

“Alhamdulillah … anak kami, Adam sangat cool selepas kami memberitahunya tentang hasrat kami untuk bernikah semula,” kata Arianie sambil tertawa kecil.
Hattan nikah semula dengan bekas isteri
Hattan yang berada di sisi Arianie sepanjang perbualan kami, hanya tersenyum lebar mendengar respon bakal isterinya itu. 

“Saya sangat menyayangi Arianie. Dia teman hidup dan saya berasa cukup bahagia bila bersamanya. Yang menariknya, keluarga saya turut menyayanginya,” kata Hattan yang mengambil keputusan untuk menikahi Arianie semula selepas selamat pulang dari menunaikan ibadah umrah Jun lalu.

Yahoo! Malaysia mengucapkan sekalung tahniah kepada Hattan dan Arianie dan semoga bahagia hingga ke anak cucu.

Sunday, 10 March 2013

Dunia Asteroid hampiri bumi


Cape Canaveral: Asteroid sebesar satu kawasan bandar bergerak hampir dengan Bumi kelmarin, kejadian terbaru dalam beberapa siri objek angkasa lepas termasuk sebuah asteroid bersaiz sebuah bas meletup di ruang udara Russia bulan lalu.







Panjang 140 meter
Asteroid itu baru dikesan enam hari lalu, sepanjang 140 meter diberi nama ‘Asteroid 2013 ET’ berada kira-kira 950,000 kilometer ketika lalu dekat dengan Bumi jam 3.30 petang EST (2030 GMT).


Jarak berkenaan adalah kira-kira dua setengah kali ganda jauh dari bulan dan dianggap dekat jika menggunakan skala kosmik.

“Apa yang menakutkan ialah kita tidak tahu langsung insiden ini,” kata Presiden Slooh Space Camera, Patrick Paolucci, ketika satu siaran web memaparkan imej langsung asteroid berkenaan dari sebuah teleskop di Kepulauan Canary.

Laju 41,843 kilometer sejam

Bergerak pada kelajuan kira-kira 41,843 kilometer sejam, asteroid itu boleh memusnahkan sebuah bandar besar jika ia melanggar Bumi, tambah jurutera teleskop Slooh, Paul Cox.
Asteroid 2013 ET adalah lapan kali ganda lebih besar berbanding asteroid bersaiz sebuah bas yang meletup di ruang udara Chelyabinsk, Russia, pada 15 Februari lalu.

Kekuatan letupan itu bersamaan 440 kiloton dinamit, mencetuskan gelombang kejutan hingga memecahkan cermin dan merosakkan bangunan selain mencederakan lebih 1,500 penduduk.

Lewat hari itu, satu lagi asteroid kecil dikenali sebagai DA14 melepasi 27,680 kilometer dari Bumi, lebih hampir berbanding satelit cuaca di orbit.

Dua lagi asteroid kecil juga akan berada hampir dengan Bumi hujung minggu ini.
REUTERS

Sunday, 10 February 2013

PSY mulakan persembahan di Pulau Pinang



Georgetown: Penyanyi popular Korea Selatan, PSY memulakan persembahan dengan menyanyikan lagu popularnya, Gangnam Style sempena program Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran Barisan Nasional di Kolej Han Chiang di sini, ketika ini. 

Friday, 8 February 2013

Kisah 18SX: Remaja Yang sedang Belajar Wajib Membacanya.. Pendedahan Penuh Iktibar...


Kisah kali ini diceritakan oleh seorang hamba Allah di sebuah taman perumahan di sekitar Ipoh (namanya dirahsiakan)…Kisah ini amat menyentuh jiwa saya apabila ianya diceritakan kembali oleh salah seorang anak murid pengajian saya di taman perumahan tersebut….. Ceritanya mengisahkan seorang ayah dari keluarga yang miskin..kerja sendiri hanya menoreh getah..datangnya jauh dari kampung..dengan menaiki teksi..membawa beg dan barang-barang milik anak gadisnya.. yang dapat melanjutkan pelajarannya di sebuah institusi pengajian di Ipoh..menyewa di rumah sewa bersebelahan dengan rumah tuan empunya cerita ini. “Masih saya ingat lagi ustaz…. bagaimana senyuman bangga ayah si gadis ini… yang terlalu seronok kerana anak gadisnya berjaya melayakkan dirinya menjadi pelajar di Institut Pengajian Tinggi “Saya dapat melihat dengan jelas..bagaimana ayah si gadis ini ..sibuk mengangkat barangan anaknya..dengan mulutnya riuh rendah..sambil melemparkan senyuman kepada dirinya…sebagai jiran kepada anaknya itu.Setelah bersalaman dengannya..ayah si gadis ini ramah menceritakan kejayaan anaknya..dan anaknya itulah yang diharapkan akan menempah kejayaan ..seterusnya dapat membela hidup mereka sekeluarga suatu hari nanti. Sedang kami berbual.. terdengar anak gadis si ayah ini merungut…katanya “Ayah…kat sini tak ada tilam..la..takkan nak tidur atas toto aje ..nanti sakit lah badan along ni..!!” kata anak gadisnya merungut manja…sambil meneruskan bebelannya dengan suara yang kurang jelas. Ayahnya hanya tersengih..sambil menjawab “nantilah ayah belikan..tengah ni duit ayah dah habis…. beli kelengkapan kamu…kita bukan orang senang…” “Ok lah ok lah…tapi ayah beli cepat sikit tau…nanti macam mana along nak belajar..tidur tak selesa….nanti tak boleh tidur….haaa..ganggu prestasi along..!!” Ye la…ye la…..nanti ayah beli lah….” Sebulan telah berlalu…si ayah belum lagi nampak ..kelibatnya membawa tilam yang dijanjikan…mungkin..sedangkumpul duit nak beli tilam agaknya…maklumlah kerja kampung bukan orang senang….rumah yang anaknya sewa pun bayarannya kongsi ramai-ramai…satu rumah duduk lapan orang. “Apa yang tak seronoknya ustaz ialah….budak-budak perempuan di sebelah rumah saya tu…pada mula mereka duduk menyewa tiada apa masalah ataupun gangguan tapi lama kelamaan..rumah sewa anak dara di sebelah saya ni dah mula dilawati oleh budak-budak lelaki…ada yang datang bermotosikal dan ada yang datang dengan menaiki kereta…. “Entahlah ustaz..bukan tak tegur..dah tegur dah….tapi jawab budak lelaki yang datang bertandang tu…pakcik ni sapa?…bapak diorang ke .. ?” terkedu saya ustaz apa nak dikata lagi…..”Kadang-kadang ustaz bebudak lelaki tu duduk rumah sewa budak perempuan sampai ke tengah malam….gerun saya ustaz….!!” “Pernah sekali tu saya terfikir untuk melaporkan perkara ini kepada penguatkuasa jabatan agama…tetapi saya risau pulak nanti bebudak lelaki tu akan serang saya balik..atau apa-apakan keluarga saya..saya pun ada anak dara ustaz…risau saya ustaz…apalah upaya saya ustaz…” “Berkenaan dengan anak gadis si ayah yang malang ni tadi..setiap hari keluar dengan pakwenya…maklumlah orang sedang bercinta..bercouple…mak bapak pulak jauh ..jadi line clear…ustaz..kadang-kadangtengah malam baru nampak balik ke rumah sewanya..entah lah..sedih saya apabila mengenangkan bapanya yang cukup baik.” Suatu petang ustaz….sedang anak gadis si ayah ni keluar macam biasa dengan pakwenya….ayah si gadis ini sampai ke rumah sewa anak gadisnya….dengan menaiki motorsikal..di belakang motorsikalnya itu terikat tilam kekabu….sambil dia berhenti ..lalu terkial-kial si ayah ini cuba menongkatkan motornya…kerana tilam kekabu itu berat….. kemudian si ayah itu menjerit memanggil nama anaknya.. sambil mengelap peluhnya yang mengalir laju…terdengar suaranya yang mengah..memanggil-manggil anaknya..tetapi tiada sahutan…sunyi…kerana hari itu hari cuti…ada yang dah balik kampung hujung minggu dan ada yang biasa la..tengah menenggek di belakang motorsikal pakwe mereka…termasuklah anak gadis si ayah yang malang ini. “Saya pun keluar dari rumah….lalu memanggil si ayah ini tadi..abang..mari masuk berehat di rumah saya dahulu…bebudak ni tak ada mereka keluar agaknya…”kata saya kepada si ayah .” “Ke mana mereka pergi….agaknya…keluar ramai-ramai ke.bila balik agaknya.?” tanya ayahnya…bertalu-talu…saya hanya mendiamkan diri….lalu saya berkata kepada si ayah…tak mengapa bang…rehat dulu..abang letih tu datang dari jauh….bawak masuk motor abang tu ke dalam laman rumah saya….” Si ayah bersetuju kerana tiada pilihan lain…nak balik alang-alang..dah sampai ..bukannya dekat..lagipun bukan senang nak datang balik…..si ayah nampak keletihan sambil menolak motorsikalnya dengan beban tilam yang berat. Si ayah menunggu…sehinggalah waktu maghrib telah masuk….si anak masih tidak balik lagi….saya mengajak si ayah masuk ke dalam rumah mandi dan menunaikan solat maghrib ..kemudian saya menjamunya makan malam.Si ayah nampak keberatan tapi apa kan daya kerana menunggu anaknya …lantaran hati kecilnya merasa risau kalau-kalau anaknya tidak selesa tidur di atas toto…takut kesihatan anaknya terganggu. Sedang kami duduk menunggu anaknya….yang masih tidak balik walaupun waktu isyak sudah lama berlalu….tiba-tiba si ayah sudah mengesyaki sesuatu…..lalu bertanya kepada saya…”Anak saya ni keluar dengan siapa sebenarnya encik?” Saya hanya terdiam…tak terkata apa-apa….lalu saya menjawab…”beginilah bang..abang tunggulah sampai dia balik ..lihatlah sendiri dan tanyalah sendiri dengannya.” Si ayah semakin risau……dan semacam sudah mengesyaki sesuatu yang tidak baik sedang dilakukan oleh anak gadisnya itu.Tepat pukul 2.15 pagi…barulah anak gadisnya pulang..dengan membonceng motorsikal pakwenya..memeluk mesra…pakwenya….berhenti di depan rumah sewa Si anak gadis itu kemudiannya turun dari motorsikal pakwenya…sambil menanggalkan topi keledar diikuti oleh pakwenya,..itu….mereka tidak terus berpisah tetapi berbual mesra di hadapan rumah..tanpa menyedari…perlakuan mereka itu dilihat oleh kami berdua…. Mereka berpegangan tangan..sambil ketawa….bergurau….dan tiba-tiba..pakwe si gadis itu mencium bibirnya…!!!Subhanallah….saya tak boleh bayangkan keadaan ayahnya ketika itu yang bangun dan hendak bergerak menuju ke arah anaknya…tetapi saya tahan….kata saya kepada ayahnya..: ”Jangan bang…sekarang dah pagi…jangan mengamuk tengah ni nanti..abang yang dapat malu…biarkan budak lelaki itu balik dulu”. Hampir setengah jam kami melihat babak mesra bercumbu dan berpeluk itu…barulah budak lelaki itu pulang…si gadis itu pun masuk ke rumahnya….. Setelah beberapa minit barulah ayahnya menolak motorsikalnya…dan menghidupkan enjin lalu berhenti di depan pintu pagar rumah anaknya..seolah-olah dia baru sampai…lalu dia memanggil nama anaknya….Anak gadis ini membuka pintu sambil merungut terkejut dengan kehadiran ayahnya pada lewat pagi sebegitu…sambil katanya..: ”hah ayah apasal datang pagi-pagi macam ni…..tak boleh tunggu besok..? Si ayah terus meluru lalu menampar…muka anak gadisnya…menjerit-jerit…marah.. ”Oooo…..buat apa datang pagi buta ye….kamu tahu tak… aku sampai sejak dari petang tadi..menunggu kamu…bawakkan tilam untuk kamu…..jenuh aku tunggu kamu….ni ha…pakcik ni yang tumpangkan aku..rehat..sembahyang …makan…..aku datang dari jauh letih…sebab risaukan kamu…sayangkan kamu..tapi kamu…keluar sampai jauh malam….dengan pakwe kamu ye…dah la tu kamu bercium beromen depan aku..anak tak tahu diuntung….aku malu tau tak…maluuuuu…. Anak kurang ajar..anak derhaka….anak tak mengenang budi…..aku jaga kamu….aku tatang kamu macam minyak yang penuh….macam ini balasan kamu…macam ni balasan kamu..pada aku..haaaa!!! anak ****……..berdebub…gedebab….kali ini saya lihat dia terajang anaknya ustaz…..saya masuk ke dalam rumah dan memegang si ayah dan memintanya mengucap….beristighfar….bersabar………. Anak gadisnya…menangis meraung…merayu…memohon keampunan…..hu hu hu ayahhhh…ampunkan alongggg….huwaaaaa…ayah alongggg salah …along berdosa dengan ayah…..hunhuuuuuu…….!! Kau memang anak celaka…..memalukan keluarga…orang tua..kalau mak kamu tahu ni pasti mak kamu akan sedih sangat….tadi..mak kamu nak ikut..rindu nak tengok kamu…aku tak bagi tau tak…. sebab nak bawak tilam ni….kamu tau tak tilam ni berat….tilam kekabu…aku bawak dari kampung jauh….terhoyong hayang aku..bawak motor…tadi pun nyaris tak kena langgar dengan lori..tau tak…?? Kata si ayah sambil menangis…….suasana pilu…..saya juga menitiskan air mata….sedih melihat ayah yang separuh abad,,,menangis kecewa dengan perbuatan anak gadisnya. “Sudah..kau kemaskan barang….pagi ni jugak balik ikut aku….balikkkkk…ikut aku…cepatttt,………kata ayahnya…. Sejak itu ustaz saya tak nampak lagi anaknya itu balik ke rumah sewa disebelah rumah saya itu…Tilam yang dibawa oleh ayah si gadis itu masih ada di rumah saya ditinggalkan oleh ayahnya…kerana tidak mampu dibawa balik lantaran si ayah membawa anaknya balik pada malam itu juga. Pada malam itu juga si anak gadis itu balik ke kampungnya,dengan membonceng motor…tetapi bukan di belakang pakwenya…tetapi dibelakang bapaknya……kesiannn ustaz…kesiannnn copy paste