Powered by Blogger.

Total Pageviews

Monday, 10 March 2014

MH370: Polis anjur doa harmoni pelbagai agama


Penduduk Pulau Pinang pelbagai latar akan bersama-sama berdoa untuk keselamatan penumpang pesawat MH370 yang hilang Sabtu lalu ketika perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.


Polis negeri menganjurkan doa harmoni di empat lokasi berbeza esok melibatkan penganut Islam, Buddha, Hindu dan Kristian, kata jurucakap pasukan keselamatan itu.

“Kira-kira 2,000 pegawai kita yang tidak terlibat dengan tugas aktif akan sertainya di lokasi yang berbeza-beza,” kata jurucakap itu ketika dihubungi semalam.

Ia akan diadakan di Gereja St George Jalan Farquhar, Kuil Buddha Mahindrama Jalan Kampar, surau ibu pejabat kontinjen polis negeri di  Jalan Dickens dan Kuil Sivan di Jalan Dato' Keramat .

Acara itu diadakan pada waktu berbeza-beza dari seawal jam 10 pagi hingga 7.30 petang.

Vietnam beri laluan cari MH370


Ho Chi Minh (Vietnam): Kerajaan Vietnam sudah mengeluarkan permit untuk menjalankan gerakan mencari pesawat #dimanaMH370 di perairannya kepada Malaysia, Amerika Syarikat, Singapura dan China.
Menurut Jabatan Penerbangan Awam Vietnam, setakat ini kawasan pencarian sudah meliputi 136,000 persegi.

Kepentingan Mentor Untuk Usahawan Internet




Sekiranya anda baru sahaja menceburkan diri dalam bidang keusahawanan Internet, anda memerlukan tunjuk ajar bagaimana untuk menjadi seorang usahawan Internet yang berjaya. Sudah tentu anda boleh menghabiskan masa untuk mendalami ilmu-ilmu berkenaan keusahawanan Internet, membeli produk dan kursus yang melatih anda untuk berjaya. Namun pernahkah anda terfikir untuk mendapatkan seorang mentor untuk anda ikuti jejak langkah kejayaan beliau?

Sebenarnya, dengan cara memiliki mentor untuk perniagaan anda akan memberikan beberapa kelebihan. Mari kita lihat satu per satu kelebihan-kelebihan tersebut.



1. Belajar dari ilmu dan pengalaman mentor

Oleh kerana mentor lazimnya adalah seorang yang lebih lama berada dalam dunia perniagaan Internet, sudah tentu mereka mempunyai ilmu dan pengalaman masing-masing. Sebagai mentee, anda boleh belajar dari ilmu mentor anda bagaimana untuk memulakan sesuatu perniagaan dalam niche pilihan anda, di samping mempelajari daripada pengalaman mentor anda. Apakah yang telah dilaluinya untuk mencapai posisi beliau sekarang? Apakah kesilapan yang telah dilakukan sebelum ini yang sudah tentu anda perlu elakkan dalam perniagaan anda sendiri? Semua persoalan ini boleh dijawab oleh mentor anda.

2. Tunjuk ajar dan nasihat untuk memperbaiki diri sendiri

Anda juga boleh memanfaatkan tunjuk ajar dan nasihat mentor anda bagi tujuan memperbaiki diri anda sendiri sebagai seorang usahawan Internet. Dengan mendengar dan melihat rutin mentor, anda akan mempunyai gambaran bagaimana untuk menjalankan perniagaan dengan jayanya.

3. Berkongsi sumber-sumber yang digunakan oleh mentor

Sekiranya anda beruntung, mentor anda akan mendedahkan sumber-sumber yang beliau sendiri gunakan untuk perniagaan beliau, seperti perkhidmatan penulisan ebook, rekaan grafik, penulisan auresponder, percetakan dan sebagainya. Dengan cara ini, anda tidak perlu meneliti satu persatu produk atau perkhidmatan yang anda boleh gunakan untuk perniagaan anda. Sebaliknya, mentor anda telahpun menyaring sumber-sumber ini kerana kecekapan mereka dan rekod perkhidmatan yang memuaskan, dan anda cuma perlu menggunakan sahaja sumber-sumber ini.

4. Asas yang baik untuk rangkaian jangka panjang

Dengan memiliki mentor, anda sebenarnya meletakkan asas yang baik untuk rangkaian perniagaan anda pada jangka masa panjang. Ini adalah kerana mentor anda telah lebih lama berkecimpung dalam perniagaan Internet, beliau telahpun membina rangkaian yang kukuh untuk perniagaan beliau. Sebagai anak murid beliau, anda sebenarnya mengambil jalan singkat untuk mencelah masuk ke dalam rangkaian mentor anda tadi.

Setelah mengetahui kelebihan-kelebihan mempunyai mentor untuk perniagaan anda, mungkin anda tertanya-tanya bagaimanakah untuk memilih mentor yang sesuai untuk anda? Berikut diberikan beberapa tip untuk anda aplikasikan.

1. Dapatkan pandangan rakan-rakan usahawan

Sudah tentu tip yang paling asas adalah dengan bertanyakan pandangan rakan-rakan usahawan yang lain. Terdapat beberapa medium Facebook, Twitter dan forum yang anda boleh bertanyakan pandangan tersebut. Sebagai orang baru, anda tidak perlu segan silu bertanya. Dan biasanya, anda akan mendapat maklum balas yang memuaskan daripada rakan-rakan usahawan anda yang telahpun melalui proses mentoring sebelum ini dan mereka mungkin mencadangkan beberapa orang prospek mentor yang anda boleh pertimbangkan.

2. Mentor yang sesuai dengan keperluan anda

Anda boleh gariskan kekurangan diri dan perniagaan anda dan senaraikan beberapa prospek mentor untuk dipertimbangkan. Pilihlah mentor yang sesuai dengan keperluan anda. Seorang usahawan paling terkemuka di dunia besar kemungkinan bukan prospek mentor yang terbaik untuk anda kerana mungkin ilmu dan pengalaman mereka sudah mencapai tahap paling tinggi, dan tidak bersesuaian untuk orang baru seperti anda.

3. Perhatikan kaedah komunikasi dengan mentor

Semak kaedah komunikasi dengan mentor, adakah anda diberikan peluang bersua muka dengan mentor anda, atau sekadar online chat sekali setiap minggu, ataupun komunikasi melalui emel sahaja dan terhad kepada satu emel setiap bulan? Sudah tentu anda inginkan seorang mentor yang boleh kerap berkomunikasi dengan anda bagi memenuhi keperluan perniagaan Internet anda.

4. Kelaziman anda boleh mendapatkan khidmat mentoring

Tip seterusnya adalah berapa lazim anda boleh mendapatkan khidmat mentoring daripada mentor anda, selain daripada kaedah komunikasi yang telah ditetapkan. Anda mungkin berdepan dengan situasi yang memerlukan khidmat nasihat segera daripada mentor anda, dan anda perlu yakin bahawa mentor anda sedia mendengar masalah anda untuk perbincangan dan nasihat penyelesaian.

Itulah dia perkongsian ringkas mengenai kelebihan-kelebihan mentoring untuk seorang usahawan Internet seperti anda, dan beberapa tip ringkas bagaimana untuk memilih mentor yang sesuai dengan keperluan anda.

Pantun 4 kerat


Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Kenapa kau nak jolok pakai galah
Sebab cempedak tu dah jatuh kat luar pagar.

Kalau ada sumur di ladang
Bolehlah hamba menumpang mandi
Patutlah bau badan kau busuk semacam
Bilik air ada, buat apa kau mandi kat ladang..

Lagi pantun dengan membaca artikel ini sepenuhnya

Pisang emas dibawa berlayar
Masak sebiji di atas peti
Kat pasaraya tak ada hutang hutang
Kalau nak, bayar, “Cash On Delivery”!

Kalau ada jarum yang patah
Jangan di simpan di dalam peti
Kesian betul dengan kau ni
Jarum patah pun kau simpan dalam peti.

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Kalau kau berani kejarlah kucing tu
Mesti kau kena cakar sampai berbelang-belang gak..

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Kain Pak Malau, Mak Limah yang lipat
Kain aku, si pencuri yang sapu

Rumah Pak Mamat di tepi sawah
Pakai langsir berwarna biru
Ooi Pak Mat, langsir warna biru tak lawa lah
Pakailah warna kuning ke, hijau ke, kelabu asap ke

Air pasang dalam surut pukul lima
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga
Haloo nyonya, mau tanya sikit
Siram pokok bunga aje, tak jual sayur ka?

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Kalau padi tu belumlah masak
Janganlah tuai, taklah layu-layuan..

Limau purut masak di dahan
Batang selasih condong uratnya
Limau purut tak boleh makan
Nanti sakit perut apa ubatnya.

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Buat apa nak ke Pulau Pandan yang jauh tu
Pergi aje ke Kampung Pandan

Sorong papan tarik padan
Buah keranji dalam perahu
Tolonglah jangan makan buah keranji tu
Nanti badan kau orang berbau

Hayya Cik Siti, perempuan banyak muda
Ana banyak takut jalan tutup mata
Memanglah takut kalau jalan tutup mata
Sebab takut terpijak lubang Indah Water

Encik Baba jatuh dalam parit
Cik Aminah ketawa jerit jerit
Sampai hati Cik Aminah ketawakan saya jerit-jerit
Mentang-mentanglah saya jatuh dalam parit

Buai laju laju
Sampai pokok sena
Woii, jangan buai laju-laju
Nanti kang tercampak kat pokok sena

Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Cucur atap tak sedap
Cucuk pisang, cucur udang, haaa tu sedap

Sifat Wanita Yang Menjadi Idaman Lelaki.



Perangai Perempuan yang lelaki suka dan sejuk je rasa bila bersama:

 1. Keanak-anakkan
 Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda.

 2. Penuh Pengertian
 Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,
 memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya.

 3. Menghargai
 Lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.



 4. Menjaga Penampilan
 Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman.

 5. Pandai berbicara
 Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita. (bersifat terbuka)

 6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
 Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda.

 7. Menghormati Diri Sendiri
 Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya.

 8. Simpati dan prihatin
 Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia.

Kepada Bf anak aku,




Peraturan 1:
Kalau kau sampai kat pagar rumah aku lepas tu "honhon", pastikan kau bawak barang yang nak dihantar..
Sebab kau takkan ambik apa-apa atau sesiapa.

Peraturan 2:
Jangan kau pegang-pegang anak aku dekat depan atau belakang aku. Kau boleh pandang dia, selagi mata kau
 tak merayau lebih dari paras leher anak aku. Kalau kau tak boleh jaga tangan kau dari pegang-pegang anak aku.
aku boleh tolong cabut dan jaga tangan kau kat rumah..



Peraturan 3:
Aku tau sekarang ni, fesyen budak-budak pakai seluar londeh sampai nampak boxer atau spender kau.
Aku ni open-minded, jadi aku takkan suruh kau pakai seluar tu elok-elok macam manusia normal.
Tapi, bagi memastikan yang seluar kau takkan terbukak atau dibukak semasa "berdating" dengan anak aku,
aku akan pakai "stapler gun" kat dalam laci aku ni untuk lekatkan seluar kau dekat pinggang.

Peraturan 4:
Aku rasa mesti kau tau pasal kempen seks selamat yang "omputih" tengah canang-canang hari-hari kat tv atau internet.
Kalau tak pakai perlindungan macam kondom atau lain-lain, kau mungkin akan dapat penyakit yang mungkin membunuh
kau satu hari nanti. Meh sini aku nak bagitau, kalau dengan anak aku ni, aku lah pelindung tu dan aku akan mendatangkan
sakit kat tubuh badan kau dan kemungkinan besar akan bunuh kau jugak. Paham?

Peraturan 5:
Biasalah kalo ko nak berkenalan lebih baik ngan aku ni sebagai calon bapak mertua ko..ko nak berbual pasal politik, pasal sukan atau lain2 topik semasa. Aku takmo dengar semua tuh. Satu jer topik yang aku minat nak dengar: bila ko nak antar anak aku balik ke umah ni semula? Dan jawapan yang aku nak dengar cuma: Awal.

Peraturan 6:
Aku rasa ko ni hensem, popular kat kolej/pejabat ko, banyak peluang nak dating ngan aweks2 lain yang lagi kiut-miut..aku takde hal ngan kelebihan ko tu..selagi anak aku pon ok dengan kepopularan ko. Tapi, sekali ko dah couple ngan anak aku, ko jangan pandai2 cari pompuan lain sampai la anak aku dah bosan ngan ko atau dia break-off ngan ko. Kalo ko wat anak aku nangis, aku pulak akan wat ko nangis.

Peraturan 7:
Sementara ko menunggu anak aku bersiap, jangan dok mengeluh kalo dia bersiap lama sangat. Kalo ko nak orang yang punctual, ko leh dating ngan mat askar. Kalo ko bosan menunggu kat luar tu, tolong le wat ape yang patut, cam basuh keta aku atau cat pagar umah aku ni.

Peraturan 8:
Tempat2 berikut adalah dilarang sama sekali korang pergi dating; tempat yang ada katil, ada sofa, ada rumput atau apa2 tempat yang leh duduk2 atau baring2. tempat2 yang takde kehadiran orang tua, polis, tok imam. Tempat2 yang gelap. Tempat2 yang membolehkan korang berpegang tangan/menari atau bersukaria. Tempat2 yang panas sampai membuatkan anak aku terpaksa pakai tshirt takde lengan..pakai short skirt. Tempat yang sejuk sampai ko kena panaskan badan anak aku. Movie yang romantic, berunsurkan cium2 tu elakkan. Movie pasal seksa kubur atau hari kiamat dibolehkan.

Peraturan 9:
Jangan sekali-kali menipu aku. Aku ni nampak jer perut buncit, kepala hampir botak, tapi aku akan tau semua pergerakan ko dari spy2 aku. Kalo aku tanya ko nak pegi mana, dengan sapa lagi yang join ngan korang, ko ada satu peluang jer nak jawab dengan benar, tiada yang tak benar melainkan benar belaka. Aku ada satu senapang patah, satu cangkul dan lima ekar tanah yang penuh hutan kat belakang umah aku ni. Selalunya aku dok menembak khinzir kat situ. Kalo aku tembak kepala ko kat belakang tu, takde sapa yang nak tanye. Jangan main2 ngan aku.

Peraturan 10:
Ko patut takut ngan aku ni..kalo boleh biar sampai sangat2 takut. Aku ni dok teringat2 lagi peristiwa bukit kepong. Sampai skang kalo ada orang datang umah senyap2 pastu dok berbual kat laman aku nak tembak..aku ingatkan komunis. Nanti dah abih dating, sampai kat pintu pagar, bukak pintu kereta dan angkat dua2 tangan ko tinggi2. Cakap dengan jelas saya datang antar anak pakcik. Pastu terus blah. Tak payah masuk minum teh. Kilauan matahari yang ko nampak kat tingkap umah aku ni ialah teropong senapang sniper aku.

Sekian, Yg ditakuti,Bapak Kepada Gf ko.

Personaliti Melalui Kentut


1. Orang TIDAK JUJUR

Orang yang kalau kentut lalu menyalahkan orang lain.

2. Orang BINGUNG

Orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam.

3. Orang BERWAWASAN 2020

Orang yang tahu masa yang terbaik untuk kentut.

4. Orang SENGSARA

Orang yang ingin kentut tapi tidak boleh kentut.



5. Orang MISTERIUS

Orang yang kalau kentut, orang lain tidak ada yang tahu.

6. Orang GUGUP

Orang yang tiba-tiba terkentut bila di sergah.

7. Orang yang PERCAYA DIRI SENDIRI

Orang yang melepaskan kentutnya dengan bunyi yang amat lantang.

8. Orang SADIS

Orang yang kentut di dalam selimut ketika di ranjang terus dikibaskan baunya.

9. Orang PEMALU

Orang yang kentut tidak bunyi tapi risau orang terbau kentutnya.

10. Orang yang STRATEGIK

Orang yang menyembunyikan kentutnya dengan tertawa terbahak-bahak biar orang lain tidak dapat mendengar bunyi kentutnya.

11. Orang BODOH

Orang yang kalau habis kentut menghirup nafas untuk mengganti angin kentutnya yang sudah keluar.

12. Orang PELIK

Orang yang boleh mengeluarkan kentut apabila di suruh.

13. Orang SOMBONG

Orang yang sering mencium kentutnya sendiri dan bercerita akan keharuman kentutnya.

14. Orang RAMAH

Orang yang tidak kisah mencium kentut orang lain.

15. Orang yang tidak senang BERGAUL

Orang yang suka kentut bila berkumpul dengan teman-teman.

16. Orang AKUATIK

Orang kalau gemar dikentutnya di dalam air.

17. Orang ATLETIK

Orang kalau kentut sambil mengeluarkan tenaga dalam.

18. Orang JUJUR

Orang yang mengaku kalau habis kentut.

19. Orang PINTAR

Orang yang boleh menghurai kandungan bau kentut orang lain seperti bau telur atau buah durian.

20. Orang KELAKAR

Orang yang bila ketawa sambil kentut.

21. Orang yang ROMANTIK

Orang yang kentut bunyinya mendayu dan berirama merdu ketika sedang berdating.

22. Orang yang TIDAK SIHAT

Orang yang bila batuk dia akan terkentut.

23. Orang yang PANAS BARAN

Orang yang mudah marah bila terbau kentut walaupun kentutnya sendiri.

24. Orang yang PELUPA

Orang yang tertanya-tanya bila terbau kentut padahal dia sendiri yang kentut.

p/s: Artikel ini takde kena-mengena dengan fakta ataupun sains, cuma gurauan je semata-mata.