Powered by Blogger.

Total Pageviews

Tuesday, 28 August 2012

Kedudukan universiti-universiti Malaysia ( JULY 2012)



Kedudukan universiti-universiti Malaysia (data JULY 2012)


Kedudukan universiti-universiti Malaysia daripada kedudukan 100 tertinggi Asia

64. Universiti Kebangsaan Malaysia
65. Universiti Teknologi MARA
76. Universiti Putra Malaysia
84.Universiti Teknologi Malaysia
89. Universiti Malaya

Kedudukan 10 tertinggi universiti-universiti Malaysia

1.Universiti Sains Malaysia
2.Universiti Kebangsaan Malaysia
3.Universiti Teknologi MARA
4.Univeristi Putra Malaysia
5.Universiti Teknologi Malaysia
6.Universiti Malaya
7.Multimedia University
8.International Islamic Universiti of Malaysia
9. Universiti Malaysia Sabah
10. Universiti Utara Malaysia

sumber : http://www.webometrics.info

**Perubahan mungkin berlaku dari masa ke semasa.

Monday, 27 August 2012

RAHSIA HIDUNG




Allah menjadikan setiap umat-Nya berbeza antara satu sama lain. Setiap manusia ciptaan-Nya begitu unik dan mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Mungkin ramai yang tidak menyangka selain wajah dan tingkahlaku seseorang, bentuk hidung juga memainkan peranan dalam menyingkap peribadi seseorang itu. Jadi apalagi, cuba anda kaji dan selidik peribadi pasangan anda dengan melihat bentuk hidungnya.




Hidung panjang :


Jika pasangan anda memiliki bentuk hidung seperti ini, dia merupakan seorang yang mempunyai personaliti yang kukuh dan berpotensi untuk mempengaruhi orang lain yang berada di sekelilingnya. Dia seorang yang bercita-cita tinggi dan sangat sensitif orangnya. Jadi janganlah anda sengaja ‘mencari pasal’ dengan mereka yang berhidung panjang.

Selain itu, mereka juga mudah membantu dan sangat bermurah hati, hanya pada mereka yang tahu menghargainya! Anda tidak perlu membalas pertolongannya cukup sekadar anda menghargai bantuan yang dihulurkan itu. Mereka yang berhidung panjang juga dipercayai bijak menonjolkan diri dan mudah berjaya dalam perniagaan dan bidang seni.

Hidung kecil :


Si empunya hidung kecil, mempunyai daya imaginasi yang tinggi dan berbakat dalam bidang seni. Dia juga suka mengejar sesuatu yang baru dalam kehidupan. Bagi mereka yang berhidung kecil, suka mencuba sesuatu yang baru dalam kehidupan.

Dia juga seorang yang peramah, dan amat mudah menyesuaikan diri dengan keadaan sekelilingnya. Adakalanya sikap mereka sukar diramal dan mereka bersikap kebudak-budakan. Jadi usahlah anda rasa bosan dengan sikap si hidung kecil kerana mereka sememangnya seorang yang manja.

Awas, pemilik si hidung kecil tidak tetap pendirian. Dia juga mudah dipengaruhi oleh orang lain dan bersikap terburu-buru dalam membuat keputusan, tanpa memikirkan pro dan kontra keputusan tersebut. Ha… bila dah tersilap langkah, tiada gunanya lagi…

Hidung paruh burung :


“Eh, betullah. Sekali pandang, hidung dia macam paruh burung, nampak macam patahkan!” Mungkin itu yang akan anda perkatakan apabila ternampak seseorang yang mempunyai hidung jenis ini. Ha… jangan tak tahu… mereka yang mempunyai hidung jenis ini ada keistimewaannya. Mereka mempunyai pendirian yang teguh dalam membuat sesuatu keputusan dan tidak mudah terpengaruh dengan kata-kata orang lain.

Mereka cukup tegas dalam apa jua keadaan, tidak terburu-buru dan menunggu masa yang sesuai sebelum membuat sesuatu tindakan. Pasti ramai yang berminat dengan pemilik si hidung paruh burung ini kerana daya pemikiran mereka cukup imaginatif, kreatif dan bijak, tetapi mereka agak sukar untuk mencari cinta sejati dalam kehidupan mereka.

Hidung tajam :


Ha… jaga-jaga dengan pemilik si hidung tajam! Mereka ini jenis yang memandang kebendaan. Bagi mereka aset dan wang adalah segala-galanya. Tiada apa lagi yang penting selain dua perkara tersebut. Erm, jangan salah faham, pemilik si hidung tajam ini, bukanlah kaki pisau cucur, mereka mengumpulkan aset dan mencari wang dengan tulang empat kerat mereka dan bukan menumpang kekayaan orang lain. Mereka sanggup bekerja keras demi memastikan kehidupan mereka selesa dan senang.

Hidung lurus:


Bertuahnya kalau anda berdampingan dengan si pemilik hidung lurus. Ha… mereka ini merupakan seorang yang setia dan adil dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Mereka adalah golongan yang sanggup berkorban demi orang lain berbanding menjaga kepentingan sendiri. Si hidung lurus akan mencari pasangan hidupnya yang juga setia dan tidak menipu. Awas, sekali anda telah menipu si hidung lurus, peratus kepercayaannya kepada anda akan turun ke tahap 0%. Jangan main-main.

Hidung kembang:


Mereka yang berhidung kembang merupakan seorang yang aktif dan cekap dalam melakukan apa jua kerja. Mereka seorang yang artistik dan suka mempelbagaikan aktiviti seharian mereka. Jika anda ingin meminta pertolongan, carilah pemilik hidung kembang sebab mereka akan membantu anda pada bila-bila masa. Mereka mudah kasihan kepada teman-teman, sehingga tidak sanggup untuk mengecewakan sesiapa.

Hidung runcing:


Mereka yang berhidung runcing adalah seorang yang lemah-lembut dan amat berdiplomasi. Ha… jangan tak tahu, mereka yang berhidung runcing juga licik orangnya, mereka juga bersikap pentingkan diri sendiri. Satu lagi kelemahan si hidung runcing, mereka mudah terpengaruh dengan apa juga yang dilakukan oleh orang lain. Mood mereka sukar dijangka, jadi janganlah anda melakukan sesuatu yang ‘bodoh’ kerana ia akan menjerat diri anda sendiri.

Hidung pesek:


Mereka yang memiliki bentuk hidung seperti ini merupakan seorang yang kuat berahsia. Orang yang tidak mengenali pemilik si hidung pesek tidak akan dapat menjangka perasaan mereka dari semasa ke semasa. Mereka juga dikatakan kurang yakin dalam melakukan sesuatu perkara, sedangkan mereka sebenarnya boleh menyelesaikan perkara tersebut dengan baik. Si hidung pesek cukup ramah dan mudah mesra walau dengan sesiapa sahaja. Mereka boleh membuatkan orang lain cukup senang dengan kehadiran mereka.

Monday, 13 August 2012

Diskaun tol Aidilfitri 37 peratus



pix_gal0
Kadar potongan, rebat tertinggi pernah ditawarkan

Kuala Selangor: Sempena Aidilfitri, pengguna 24 lebuh raya akan menikmati diskaun dan rebat tol 10 hingga 37.5 peratus, iaitu kadar tertinggi pernah ditawarkan. 
Pengguna kenderaan Kelas 1 yang menggunakan bayaran tol secara elektronik (ETC) di lebuh raya kendalian PLUS Berhad, bakal memperoleh rebat 30 peratus sepanjang hari pada 15,16, 22 dan 23 Ogos. 

Bagi lebuh raya lain, pengguna diberi diskaun empat hari mulai 18 hingga 21 Ogos ini, termasuk Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) yang memberikan potongan 37.5 peratus dengan mengenakan kadar rata 60 sen bagi semua kelas kenderaan, tunai dan ETC.

Kecuali Lebuhraya Pintas Selat Kelang Utara Baru (NNKSB) yang memberikan diskaun untuk tempoh sembilan jam bermula 11 malam 18 Ogos hingga 8 pagi keesokannya, lebuh raya lain memberikan diskaun sepanjang hari tarikh berkenaan.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor, berkata insentif tol itu bagi menyokong usaha kerajaan meringankan beban pengguna, terutama pada musim perayaan.

Beliau juga berkata jumlah pengguna lebuh raya dan jalan persekutuan dijangka meningkat hampir dua kali ganda ketika Aidilfitri berbanding hari biasa. 
Bagi Lebuh Raya Utara-Selatan, jumlah kenderaan pada hari biasa ialah 1.2 juta sehari. Bagaimanapun pada minggu depan dan minggu seterusnya, ia meningkat 500,000 kepada 1.7 juta kenderaan sehari.

Beliau berkata demikian selepas lawatan ke tapak cadangan pembinaan susur keluar bertol dari Lebuh Raya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR) ke Jalan B149 Kundang, dekat sini semalam.

Shaziman berkata, diskaun dan rebat tol itu secara tidak langsung memberi kesempatan kepada syarikat konsesi, terutama yang membabitkan jarak jauh menyusun jadual perjalanan pengguna supaya pergerakan lalu lintas lebih lancar.

Dalam pada itu, had laju di semua jalan persekutuan akan diturunkan daripada 90 kilometer(km)/jam kepada 80 km/jam mulai 12 Ogos hingga 26 Ogos sebagai langkah membantu kelancaran trafik dan mengurangkan kejadian tidak diingini.

Selain itu, kerja penyelenggaraan di semua lebuh raya dan jalan persekutuan dibekukan dalam tempoh seminggu sebelum Aidilfitri dan seminggu selepas itu, bermula Isnin ini.

Sementara itu, sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55 pada 31 Ogos, LDP dan Lebuhraya Maju Expressway (MEX) menawarkan tol percuma bagi semua kelas kenderaan, tunai dan ETC, manakala 22 lebuh raya memberi diskaun dan rebat 10 hingga 30 peratus.

Berita Harian

Nabi palsu di Russia



Faizrakhman SatarovFaizrakhman Satarov
Kazan: Pihak berkuasa Russia membongkar satu kumpulan ajaran sesat berhenti berhubung dengan dunia luar selepas hidup di ruang bawah tanah sejak 10 tahun lalu.

Pendakwa berkata, 27 daripadanya ialah kanak-kanak yang hidup dalam bilik tanpa alat pemanas dan bergelap. Mereka sudah dibebaskan dan ibu bapa mereka akan didakwa atas tuduhan mendera kanak-kanak. 
Pegawai kesihatan mendedahkan, ada kanak-kanak itu berusia satu hingga 17 tahun, tidak pernah melihat matahari. 

Mereka dihantar ke hospital untuk rawatan sebelum tinggal di rumah anak yatim buat sementara waktu, kata seorang doktor, Tatyana Moroz.

Pengasas kumpulan berkenaan, Faizrakhman Satarov, 83, yang mengisytiharkan dirinya nabi didakwa mengabaikan tanggungjawab sebagai pemimpin ‘Muammin’, kata timbalan pendakwa raya Kazan, Irina Petrova.

Perkataan Arab ‘muammin’ bermaksud ‘pengikut.’ Namun, pihak berkuasa, tidak menahan pengikut Satarov.

Kumpulan radikal 
Kanak-kanak itu ditemui minggu lalu selepas anggota polis memeriksa kawasan tempat tinggal kumpulan itu ketika menyiasat pembunuhan seorang pendakwah Islam Tatarstan dipercayai oleh kumpulan radikal yang semakin ramai pengikut di wilayah Volga River.

Satarov adalah bekas imam di wilayah berdekatan, Bashkortostan. Dia mengisytiharkan kediamannya di luar Kazan sebagai negara Islam. Dia juga mengarahkan 70 pengikutnya tinggal dalam ruang bawah tanah di bawah bangunan tiga tingkat yang mempunyai menara kecil berbentuk bulan.

Nabi kedua

Hanya beberapa pengikutnya dibenar keluar kerana menjalankan perniagaan di sebuah pasar tempatan. Rumah Satorov itu dibina tanpa kelulusan dan akan dirobohkan.

“Mereka akan datang dengan jentolak dan senapang tetapi mereka perlu bunuh kami sebelum musnahkan rumah ini,” kata ahli kumpulan itu, Gumer Ganiyev di saluran televisyen Vesti. Satarov memilih Ganiyev sebagai ‘nabi kedua’, lapor media tempatan. - Agensi/AP

BHarian

Wednesday, 8 August 2012

Mengenai Masalah Teknikal Laman Sesawang JPA




Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengalami masalah teknikal melalui laman sesawang permohonan penajaan JPA dihttp://esilav2.jpa.gov.my/ pada 7 dan 8 Ogos 2012 . Sehubungan itu, tarikh tutup permohonan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2012 secara dalam talian (online) telah dilanjutkan sehingga jam 11.59 malam pada 16 Ogos 2012 (Khamis).

Dokumen sokongan perlu diterima oleh Jabatan ini selewat-lewatnya pada 30 Ogos 2012 (Khamis). 

Pertanyaan mengenai masalah teknikal semasa mengisi borang permohonan dalam talian boleh dibuat dengan menghubungi 03-88853453, 03-88853541 atau 03-88853532. Talian-talian ini dibuka setiap hari dari jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang (Isnin-Jumaat).

Pertanyaan mengenai program tajaan boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-88853049 (10 talian) pada setiap hari bekerja mulai jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang atau melalui e-mel di alamat pidn2012@jpa.gov.my

Wednesday, 27 June 2012

Monday, 18 June 2012

Lemah Syahwat


Disebutkan dalam Hadits berikut :
‘Umar bin Khattab berkata tentang suami yang lemah syahwat: ” Dia diberi tempoh satu tahun. Jika dapat sembuh, (perkawinannya bisa diteruskan); dan jika tidak, mereka boleh diceraikan dan isterinya mendapatkan mahar dan harus ber’iddah.” (H.R. Baihaqi)

Penjelasan :
Lemah syahwat ialah ketidakmampuan seorang laki-laki untuk memenuhi keperluan biologi isteri. Memenuhi keperluan biologi hanyalah dibenarkan melalui perkahwinan.
Maksud hadits di atas ialah istri yang memiliki suami yang mengidap lemah syahwat berhak mengajukan perceraian jika penyakit suaminya tidak bisa disembuhkan.
Seorang suami berkewajiban memenuhi kebutuhan biologis istrinya, karenanya dia harus kuat syahwat. Tanpa memiliki kekuatan syahwat, tuntutan biologis istri tidak akan dapat terpenuhi. Hal ini menjadi perhatian dalam syariat


Islam karena dalam perkawinan ada keharusan untuk saling memenuhi tuntutan biologis merupakan salah satu faktor terciptanya suasana bahagia suami istri.
Seorang perempuan muslim perlu memperhatikan sisi kemampuan syahwat calon suaminya supaya kelak dalam menempuh kehidupan rumah tangga tidak terjadi perselisihan dan pertengkaran. Bilamana suaminya lemah syahwat, hal ini tentu akan merugikan dirinya.

Bagi seorang suami, karena adanya kesempatan untuk berpoligami, terjadinya kelemahan syahwat pada istrinya dapat dikompensasi dengan mengambil perempuan lain sebagai istri barunya. Akan tetapi, bagi seorang perempuan muslim, hal semacam ini tidak bisa dilakukan. Pilihan yang bisa diambil ialah menerima keadaan suami atau bercerai. Untuk itulah, perlu sekali adanya pemilihan selektif terhadap laki-laki yang hendak menjadi suaminya.

Untuk mencegah terjadinya hal-hal yang tidak diinginkan dalam perkawinan, sebelum seorang perempuan muslim mengikat diri dengan seorang laki-laki muslim sebagai suami istri, ia perlu meneliti kemampuan syahwat calon suaminya. Agar dapat mengetahui seberapa jauh kesehatan dan kemampuan syahwat yang bersangkutan, dapat diadakan penyelidikan dengan cara-cara antara lain:
1. Menanyakan kepada yang bersangkutan tentang keadaan dirinya. Sudah tentu yang bersangkutan harus memberi jawaban dengan jujur atau mengambil sumpah dengan nama Allah. Jika ternyata ia berdusta, ia harus berani menanggung resiko atas kebohongannya kelak. Cara ini memang ini kurang efektif, namun sebagai muslim cara ini menumbuhkan tanggung jawab akhirat jauh lebih berat bagi yang bersangkutan. Jika dia berbohong, dosanya tidak hanya kepada perempuan yang menjadi istrinya, tetapi juga kepada Allah. Allah kelak akan menjatuhkan hukumannya di akhirat.

2. Meminta yang bersangkutan untuk melakukan ujian kesihatan seksual, apakah ia termasuk orang yang lemah syahwat atau normal.
Karena dalam perkawinan keperluan seksual atau biologis merupakan hal mutlak, baik bagi suami maupun istri, para perempuan muslim tidak boleh merasa malu untuk menyelidiki dan mengetahui keadaan syahwat calon suaminya. Kalau hal ini tidak diketahui secara dini, kemungkinan kelak akan terjadi masalah pada diri yang bersangkutan, sehingga boleh jadi ia akan merasa tertipu dan mengalami trauma untuk bersuami. Supaya tidak terjadi akibat buruk semacam ini, perlulah para perempuan muslim sejak awal mengetahui kondisi seksual calon suaminya. Jika ternyata ia orang yang lemah syahwat, lebih baik ia menolak lamarannya suapaya tidak merugikan dirinya.

Para perempuan muslim harus menyadari bahwa kebutuhan biologis bukan semata-mata untuk dirinya, melainkan juga untuk mendapatkan keturunan, sebab perkawinan disyari’atkan oleh Islam terutama bertujuan untuk menjadi sarana pengembangbiakan jenis manusia secara halal di muka bumi. Hal ini hanya bisa dilakukan bilamana suami dapat melakukan fungsi biologisnya kepada istrinya dengan baik. 


Oleh karena itu, pilihlah suami yang tidak lemah syahwat.
Berdasarkan hadith di atas, maka kita manusia hendaklah berusaha agar rumah tangga kita bahagia dan kita dapat hidup sempurna sebagai seorang lelaki sejati.