Powered by Blogger.

Total Pageviews

Saturday, 27 October 2012

PELEBARAN BIBIR


Bagi suku Mursi di Ethiopia, lambang kecantikan bukan leher panjang, melainkan bibir lebar. Tradisi yang dikenali dengan istilah 'Labret' ini dilakukan dengan cara membuat lubang di bahagian bawah bibir semacam tindik selebar 1-2 sentimeter. Lalu, meletakkan seperti piring bulat di dalamnya.

Setiap dua hingga tiga minggu, mereka mengganti piringan dengan diameter lebih besar. Ini berlangsung hingga dia bibir mencapai 15-25 sentimeter. Tradisi ini biasanya dilakukan para wanita sejak usia 13-16 tahun, atau menjelang perkahwinan


KORSET EXTREME


Penggunaan korset jangka panjang yang superketat boleh menghasilkan pinggang kecil. Penggunaan korset ini bahkan boleh mengurangkan ukuran pinggang wanita sebanyak 7-10 inci secara semula jadi. Kaum wanita pada abad ke-19 dan 20 banyak yang melakukan teknik meratakan perut dengan cara ini. Padahal cara ini sangat berisiko menyebabkan rusuk retak, kerosakan organ, dan masalah pernafasan.

PANJANGKAN LEHER


Bagi suku pedalaman di Paudang, Thailand, memiliki leher panjang akan terlihat anggun dan cantik. Atas nama kecantikan, mereka nekat melakukan hal ekstrem dengan mengenakan kumparan logam di leher. Seiring pertambahan usia, kumparan ditambah sehingga tulang leher bertambah panjang alami.
 
 

Gambar Amir Khan Dan Ibunya Ke Mekkah Tunaikan Haji



MUMBAI - Hero filem Bollywood, Aamir Khan dan ibunya, Zeenat Hussain berangkat ke Mekah Jumaat lalu untuk mengerjakan ibadah haji, lapor portal berita India Today semalam.


 




India Today melaporkan, walaupun Aamir sibuk dengan komitmen kerja, dia tetap berpegang kepada janji mengerjakan haji bersama ibunya.

Aamir yang memakai pakaian ihram dilihat berlepas dari Mumbai bersama ibunya serta lapan saudara mara lain pada pukul 6.30 petang Jumaat lalu.

Ia merupakan perjalanan haji pertama buat pelakon, penerbit dan pengarah filem berusia 47 tahun itu.

Dia tiba di sini dari Chicago, Amerika Syarikat pada Khamis lepas kerana sibuk menyiapkan filem akan datangnya bersama aktres Katrina Kaif, Dhoom 3.

Bintang pujaan ramai itu dijadualkan pulang dari mengerjakan rukun Islam kelima pada 3 November depan.

Selain berada di Mekah, Aamir dan anggota keluarganya akan melawat beberapa bandar berdekatan Madinah dan makam Nabi Muhammad SAW.

Mereka dilaporkan akan menginap di Hotel Al Massa dan Hotel Elaf Taiba masing-masing di Mekah dan Madinah.

Aamir merupakan salah seorang pelakon paling terkenal Bollywood ekoran kejayaannya menerusi filem Lagaan, Rang de Basanti dan Three Idiots. - Agensi