Powered by Blogger.

Total Pageviews

Thursday, 19 December 2013

Sunday, 8 December 2013

20 Fakta Yang Anda Tidak Tahu !




1. Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu.



2. Planet Pluto mengambil masa 248 tahun utk mengelilingi matahari. Setiap 20 tahun ia mengubah orbitnya bagi mengelak dari berlanggar denga planet Neptune.

3. Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud tidak,

4. Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati.

5. Perut akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap 2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman.

6. Kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan

7. Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 Km

8. Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan,ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi.

9. Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.

10. Orang lelaki mudah mendapat buta warna,10 kali ganda berbanding wanita.

11. Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan

12. Matahari memiliki tenaga yang cukup utk menerangi bumi bagi tempoh lebih daripada 5 juta tahun lagi.

13. Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pancutan boleh memancutkan darah sejauh 9 meter.

14. Purata setiap manusia manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam.Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza.

15. Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 Km dalam tubuh manusia.

16. Ikan emas adalah satu-satunya haiwan yang dapat melihat cahaya inframerah dan ultraungu

17. Setiap 1 cm persegi kulit manusia, didapati mengandungi 7 meter pembulu darah

20. Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki utk dimakan anak-anaknya yang baru menetas. Langkah ini adalah utk mengelakkan anak-anaknya itu daripada memakan sesama sendiri.

p/s: Siapa perasan yang nombor 18, 19 dah takda ?

Wednesday, 4 December 2013

Banjir Melanda Pantai Timur






KOTA BHARU - Penduduk Kelantan terutama yang tinggal berhampiran beberapa sungai utama di negeri ini dinasihatkan supaya bersiap sedia untuk berpindah berikutan paras air sungai kini melepasi bahaya.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Azmi Osman berkata dua batang sungai yang telah melepasi bacaan paras bahaya sehingga jam 11 pagi ini adalah Sungai Lebir dan Sungai Kelantan.

"Bacaan di Tualang, Sungai Lebir kini 35.34 meter melepasi bahaya 35 meter dan dua tempat bacaan di Sungai Kelantan iaitu di Jambatan Guillemard mencatat bacaan 16.14 meter (bahaya 16 meter) dan Tangga Krai 25.22 meter (bahaya 25 meter).

"Kita ingin menasihati penduduk yang tinggal di tebing sungai, agar mula mengambil langkah bersiap sedia jika diarahkan berpindah," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Selain itu, Sungai Galas dan Sungai Golok di Rantau Panjang pula melepasi paras amaran iaitu bacaan di Dabong, Sungai Galas kini 35.98 meter (amaran 35 meter) dan Sungai Golok itu 8.61 meter (amaran 8 meter).

Azmi berkata penduduk juga perlu akur untuk berpindah sekiranya arahan dikeluarkan untuk berbuat demikian demi keselamatan mereka.

"Kita tidak mahu berlaku seperti tahun sebelum ini kerana ada yang enggan berpindah kerana ini akan menyukarkan kerja-kerja menyelamat termasuk memberikan bantuan makanan jika keadaan semakin buruk," katanya.

Beliau juga meminta ibu bapa supaya turut memantau pergerakan anak-anak pada musim banjir bagi mengelakkan musibah dan tidak menjadikan keadaan itu sebagai pesta banjir.

Katanya jabatan itu kini sudah bersiap sedia memastikan usaha menyelamat dapat dilakukan dengan sempurna seperti menyediakan kenderaan utiliti, anggota unit Scuba dan menggerakkan anggota sukarela jabatan itu.

Keadaan cuaca di Kelantan kini mendung kecuali di pedalaman yang kini dilaporkan hujan.

Tinjauan di Rantau Panjang mendapati penduduk yang tinggal di tebing Sungai Golok sudah membuat persiapan untuk berpindah. 






 

Tuesday, 3 September 2013

Subsidi Kerajaan Adakah Ianya " Mitos Dongeng Lagenda" ?


Sebelum korang baca apa yang didedahkan oleh Pakar Matematik Gunaan, Prof Madya Hamid Yeop Yeop Zainuddin dalam satu wawancara suatu masa yang lalu tentang subsidi minyak ini, tolong cari jawapan bagi persoalan yang dah lama aku fikirkan ini..

Satu persoalan yang dah lama aku fikirkan.. adakah benar Kerajaan yang ada sekarang ini benar-benar memberikan subsidi terhadap harga Minyak yang digunakan oleh setiap kenderaan yang bergerak dibumi Malaysia ini?

Cukai eksais dan cukai jualan yang dikenakan setiap kereta yang dijual ialah bermula dari kadar minima 85% hingga ke 115% ke atas harga asal kereta..

Katakanlah harga asal sebuah kereta itu ialah RM50,000 dengan menganggarkan cukai yang dikenakan Kerajaan dari harga asal ialah 100% iaitu RM50,000..

Bahagikan jumlah cukai yang dikenakan itu dengan kadar penggunaan petrol dalam satu bulan, dalam hal ini aku sendiri menggunakan kira-kira lebih kurang RM400 untuk petrol bagi satu bulan (pergi balik kerja saja ni..).

 RM50,000 bahagi RM400 jawabnya ialah 125.. 125 Bulan..

125 Bulan bahagikan dengan 12 bulan.. hasilnya ialah 10.42 tahun...

Kadar cukai yang dikenakan itu membolehkan kita mengisi minyak untuk kenderaan kita selama 10.42 tahun..

Jadi sebenarnya dalam hal ini siapa subsidi siapa?.. Kita subsidi Kerajaan atau Kerajaan yang berikan kita subsidi?

Fikir-fikirkan...

Bacalah apa kata Pakar Matematik Gunaan tentang kisah dongeng subsidi petrol ini..


Penyelarasan subsidi ke atas bebearapa bahan keperluan seperti petrol dan gula bukan sahaja memberikan kesan kenaikan harga keperluan asas lain, malah, pelbagai pihak dari sektor perkhidmatan juga menaikkan cas atas alasan tersebut.

Dalam keadaan yang semakin tertekan ini, kakitangan kerajaan yang bergaji RM3,000 sebulan pun sudah boleh dikategorikan miskin, apatah lagi yang tidak bekerja.

Ironinya, setiap kali kenaikan harga barang, golongan ini disaran berjimat cermat. Bagaimanakah lagi caranya hendak berjimat? Adakah sehingga makan sekali seminggu itu yang dikatakan berjimat? Semua saranan ini tentu sekali tidak akan meredakan kemelut sara hidup yang menyeksakan.

Bagi merungkai permasalahan kenaikan harga ini, ikuti wawancara khas wartawan NOR KHALILAH GUSTI HASSAN (Sinar Harian: 5 Januari 2011) dengan Pakar Matematik Gunaan, Prof Madya Hamid Yeop Yeop Zainuddin. Beliau menggunakan pendekatan Matematik untuk meneliti fakta apakah kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia benar-benar merugikan negara sehingga terpaksa mengurangkan subsidi rakyat.

1) Bolehkah harga bahan api ini diturunkan?

HAMID YEOP:

Ya boleh! Malah boleh diturunkan kepada 30 sen sahaja seliter jika menggunakan formula menurunkan harga minyak dan barang-barang yang sekaligus menghapuskan kemiskinan. Formula ini ditemui semasa kajian pada 2008 yang lalu.

Di pasaran dunia harga bahan api turun dan naik tetapi di Malaysia boleh dikatakan tidak pernah turun asyik naik sahaja.

Sesiapa pun faham ini membuktikan harga minyak di Malaysia tidak ditentukan oleh pasaran dunia. Ketika kita RM2.70 seliter, ada negara lain jual hanya 16 sen seliter (Venezuela).

2) Bagaimanakah boleh dijual begitu murah sekali?

HAMID YEOP:

Untuk memudahkan orang awam faham, ambil contoh kelapa sawit. Kita adalah negara pengeluar. Kalau dulu harga sawit RM1,000 satu tan, sekarang dah naik RM3,000. Kita untung atau rugi? Sudah tentu untung 3 kali ganda.

Begitu juga minyak mentah. Malaysia adalah sebuah negara pengeluar minyak dan menganggotai Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC). Jika Malaysia jual kira-kira 700,000 tong minyak mentah sehari pada kadar USD130 Setong (dengan kadar tukaran mata wang RM3.80 untuk USD1 satu ketika dahulu), ini bermakna perolehan setahun adalah USD33 billion iaitu melebihi RM126 billion. Dengan anggaran perolehan melebihi satu trillion ringgit untuk 10 tahun pada kadar disebutkan tadi, bolehkah Malaysia menurunkan harga bahan apinya? Jika benar rakyat didahulukan maka sudah tentulah jual murah didalam negara tetapi jual ikut harga pasaran di luar negara. Ini adalah hasil negara yang sepatutnya dinikmati rakyat.

3) Maknanya, kenaikan harga minyak mentah dunia tidak merugikan negara?

HAMID YEOP:

Ya benar. Bukan sahaja tidak merugikan Malaysia, tetapi sebaliknya mendapat keuntungan berganda. Seperti kelapa sawit, ramai yang tahu tetapi tidak ramai yang tahu pasal telaga minyak. Kita rujuk data 2008 dengan anggaran jualan minyak mentah Malaysia sebanyak 700,000 tong sehari. Oleh kerana minyak dijual dalam dollar Amerika, bagi memudahkan perbandingan, anggapkan kadar tukaran RM kepada USD ialah RM3.50 untuk USD1.

Harga minyak pada Januari 2007 adalah USD50 iaitu RM175 setong. Justeru perolehan setahun bagi 2007 adalah melebihi RM44 billion. Jun 2008, harga minyak telah naik kepada USD138 iaitu RM483 setong. Justeru perolahan setahun sehingga Jun 2009 adalah kira-kira RM123 billion. Ini memberikan tambahan lebihan untung sebanyak RM78 billion. Keuntungan tambahan ini tidak termasuk keuntungan lain seperti petrol dan diesel. Oleh itu, keuntungan sebenar hasil kenaikan harga minyak dunia adalah jauh lebih tinggi.

4) Dengan RM78 billion lebihan untung, lebih banyakkah subsidi?

HAMID YEOP:

Kalau tiada subsidi pun harga minyak boleh diturunkan, apatah lagi jika ada subsidi. Tetapi rakyat kini menanggung beban kenaikan harga minyak yang kononnya disebabkan kenaikan harga minyak dunia. Ramai yang ingin tahu kemanakah perginya lebihan untuk RM78 billion ini? Lagilah tidak logik kita terpaksa pula mengurangkan subsidi. Kita bukan Singapura dan kita tidak boleh ikut Singapura kerana ia negara pembeli bukan pengeluar. Harga di kilang tidak sama dengan harga di kedai.

5) Benarkah ada subsidi dan siapakah yang menerimanya?

HAMID YEOP:

Ketika minyak mentah berharga USD130 setong (RM455 pada kadar tukaran RM3.50 kepada USD1), kerajaan mengumumkan harga sebenar petrol di Malaysia adalah RM3.00 seliter dan diberikan subsidi RM0.30 sen menjadikannya RM2.70 seliter.

Jika benar ada subsidi, adakah subsidi diberikan kepada semua syarikat minyak seperti Petronas, Shell, Mobil, Esso, Caltex, BHP dan lain-lain? Tanpa subsidi atau suatu bentuk persetujuan bayaran tertentu kepada syarikat asing tersebut mustahil mereka mahu jual dengan harga sama seperti dijual Petronas, iaitu RM2.70 seliter.

Sekiranya syarikat asing itu tidak mendapat sejumlah subsidi (sama ada daripada kerajaan atau Petronas atau kedua-duanya), tentu mereka menjual mengikut harga yang memberikan keuntungan masing-masing sebagaimana yang dijual di negara lain. Sebab itu harga Shell di Singapura jauh lebih mahal.

Tinjauan saya mendapati stesen minyak membayar tunai dengan harga RM2.70 daripada pembekal syarikat asing. Daripada jumlah itu, mereka hanya memperolehi komisen RM0.095. Ini bermakna, pengusaha stesen minyak bukan penerima subsidi. Justeru kemungkinan besar subsidi tersebut dibayar terus kepada syarikat asing. Lebih 80 peratus daripada RM33 billion subsidi dibayar kepada syarikat asing.

6) Jadi berapakah sebenarnya subsidi minyak kepada rakyat?

HAMID YEOP:

Berdasarkan RM33 billion yang dikatakan tadi, kita boleh mengetahui penggunaan petrol negara ini dalam setahun adalah kira-kira 110 billion liter. Lebih kurang 301 juta liter sehari.

Mengikut laporan pada tahun 2007, terdapat 3,098 stesen minyak di seluruh negara dengan 40% daripadanya, terutama yang di bandar besar dan lebuhraya beroperasi 24 jam.

Ini memberi gambaran purata jualan harian bagi setiap stesen minyak adalah sebanyak 97 ribu liter sehari, atau hampir 3 juta liter sebulan. Suatu angka yang sukar diterima untuk sebuah stesen minyak kerana, secara purata jualan harian mereka tidak melebihi 20,000 liter.

Jika benar ada subsidi maka angka-angkanya mesti selari dengan pengiraan matematik tadi, tetapi kerana angka-angkanya tidak sekena, maka keputusan ini'menidakkan dan menolak kewujudan subsidi petrol berjumlah RM0.30 sen seliter atau RM33 billion setahun.'

Ada atau tidak subsidi minyak untuk rakyat? Andalah yang menentukan jawapannya.

7) Jika tiada subsidi, rakyat terpaksa membeli dengan harga yang mahal?

HAMID YEOP:

Sepatutnya tidak. Salah satu cara terbaik untuk menurunkan harga minyak adalah dengan menyerapkan terus keuntungan Petronas ke dalam hasil minyak (petrol dan diesel) yang dijual di dalam negara.

Penyerapan keuntungan ini akan membolehkan Petronas menjual Petrol dengan harga lebih rendah. Secara langsung akan menaikkan lagi keuntungan Petronas dengan peningkatan penjualan minyak.

Tindakan inilah yang sebenarnya menangkis persoalan ke manakah perginya keuntungan Petronas.

Lagipun bukan semua pengusaha syarikat asing seperti BHP, Esso, Caltex, Shell dan Mobil membeli minyak mentah dari Petronas. Itupun Petronas tetap mengaut untung berbillion ringgit. Sedangkan dengan harga USD50 setong kerajaan mampu menanggung subsidi berbillion ringgit, inikan pula USD138 setong (RM483).

Bila untung 2 kali ganda sepatutnya turun separuh harga.

Benarkah stok minyak kita akan habis?

HAMID YEOP:

Tuhan jadikan Malaysia unik. Laluan gempa bumi pun tidak menempuh Malaysia. Telaga minyak kita macam telaga air di kampung, dicedok banyak mana pun tidak akan habis. Minyak kita, kalau ambil satu tong dia boleh keluar lagi sehingga tiga tong. Saya banyak mmendapat maklumbalas daripada ramai bekas pelajar saya yang menjadi jurutera di Petronas dan di kawsan carigali.

Untuk satu jangka yang amat lama lagi dakwaan ini tidak benar. Kalau habis pun, saya percaya ketika itu minyak bukan lagi merupakan sumber utama tenaga.

9) Formula ini telah Prof cipta semenjak 2008 tetapi tidak diterima kerajaan. Apa komen Prof?

HAMID YEOP:

Sebagai rakyat biasa yang prihatin saya hanya membantu dan mencadangkan setakat yang termampu. Asalnya pun daripada permintaan salah seorang menteri kabinet. Pada pendapat saya, model ekonomi yang digunapakai sekarang adalah betul pada mereka tetapi salah pada rakyat.

10) Akhirnya apakah harapan Prof?

HAMID YEOP:

Menurunkan harga barang menjadi harapan sebahagian besar rakyat. Saya sedia berkongsi formula ini dengan mana-mana pihak terutamanya perti politik yang berhasrat memerintah negara ini, supaya penjelasan dapat diberikan kepada rakyat jelata. InsyaAllah jika pemerintah melaksanakan formula ini, semua rakyat akan jadi kaya dan dalam tiga tahun Malaysia akan jadi 'World Reserved Bank'.

Sisipan: SINAR HARIAN (5 Januari 2011)

oleh wartawan NOR KHALILAH GUSTI HASSAN

Sumber : Kedah Lanie

Monday, 2 September 2013

RM 40 boleh jadi RM 147 ?


Apa itu NMG Network ? 

Secara ringkasnya ianya adalah program dari sebuah syarikat berdaftar dengan nama Creative Great Service.

Bagaimana program ini membantu anda ?

Program ini membolehkan anda menjadi sleeping partner mereka . Dengan melabur RM 40 ringgit anda akan mendapat imbuhan sebanyak RM 147. Apa yang anda akan dapat jika anda memilih untuk melabur RM 120 ?

Adakah program ini cuma untuk menjadi "sleeping partner" ?

1. Selain anda menjadi "sleeping partner", selepas membayar RM 40 anda boleh    memasang iklan text sepanjang hayat anda dengan RM 40. Iklan bergambar memerlukan sedikit bayaran .

2. Program affilliate: Dengan memperkenalkan program ini kepada rakan-rakan anda . Anda layak untuk     menerima 50 peratus(%) komisyen.


Apakah risiko jika anda menyertainya ?

Risiko yang amat rendah, anda tidak akan muflis jika hilang RM 40 . Tambahan pula anda dapat meletakkan iklan anda di laman web tersebut seumur hidup anda .

Jika anda hidup untuk 20 tahun lagi . Harga anda bayar untuk iklan anda cuma RM 0.005479 sehari ! Lepas anda mati pun, iklan itu tetap akan ada. hehe

Jika Allah kata rezeki anda di sini, pasti akan ada hasilnya . 

Walau apapun keputusan anda, saya syorkan supaya anda Daftar percuma dahulu di sini ---> DAFTAR SEKARANG !!

Klik dan terus tekan Sign Up, Pastikan nama penaja anda MSOLUTION .

Monday, 19 August 2013

Rozita Che Wan Bertunang ?





16 Ogos- Pelakon dan pengacara Rozita Che Wan, atau lebih mesra dengan sapaan Che Ta, bengang dengan tindakan seorang individu yang memuat naik gambar Zain Saidin dalam laman Instagram miliknya dengan Majlis Pertunangan Rozita Che Wan Dan Zain Saidin menunjukkan seolah-olah Che Ta dan Zain telah melangsungkan majlis pertunangan pada Hari Raya Ketiga.
Che Ta mengatakan dia menyedari kehadiran lelaki terbabit yang asyik mengambil gambar ahli keluarganya sewaktu majlis rumah terbuka Rozita di Alor Setar, Kedah.
"Saya tidak pasti apa motif dia berbuat demikian sedangkan wajah saya tiada dalam gambar yang dimuat naik. Dalam gambar itu, peminat terbabit hanya bergambar dengan Zain dan adik saya, Ayu Raudhah. Apa yang pelik, dia berani meletakkan hashtag sedemikian" kata Che Ta.
Che Ta juga mengatakan dia tidak terkejut dengan cerita palsu itu kerana dia pernah memberitahu mahu terus menikah tanpa bertunang terlebih dahulu. Pelakon ini juga mengatakan mungkin pakaian warna hijau sedondon yang dipakai membuatkan ramai yang percaya dengan cerita itu.
Ketika ditanya mengenai persiapan perkahwinan, Rozita mengatakan dia dan Zain masih belum membuat persiapan kerana sibuk dengan kerjaya masing-masing, namun pasangan ini bertuah kerana ramai pihak yang ingin menaja majlis perkahwinan mereka yang bakal dilakukan di Kuala Lumpur.

Wednesday, 17 July 2013

Hattan bernikah lagi di JW Marriott pada Julai 24






TARIKH 24 Julai ini merupakan hari bersejarah buat penyanyi Hattan dan bekas isterinya, Arianie kerana akan mendirikan rumahtangga buat kali kedua. Majlis pernikahan tersebut akan berlangsung di JW Marriott Hotel di Putrajaya pada jam 5.30 petang.  

Menurut Hattan ketika ditemui baru-baru ini, majlis tersebut akan diadakan secara kecil-kecilan dan akan dihadiri oleh 200 orang tetamu termasuk keluarga dan teman rapat pasangan tersebut. 

Hattan dan Arianie mula berbincang secara serius untuk membina rumahtangga buat kali kedua semenjak dua bulan lalu selepas masing-masing bersetuju untuk memulakan episod baru dalam hidup mereka. 

“Saya lihat kesungguhannya untuk mengambil saya sebagai surinya jadi saya terus bersetuju menerimanya semula. Hati saya sudah terbuka untuk menikahinya semula,” kata pramugari kanan syarikat penerbangan Malaysia Airlines ini. 

“Saya juga redha dengan ketetapan Allah S.W.T. pada kami berdua. Terlalu banyak pengalaman hidup yang kami lalui dan akhirnya kami dapat bersama semula. Lagi pun, selepas bercerai dulu, Hattan masih menunjukkan sifat caring beliau terhadap saya,” kata Arianie.


Tahun lalu, Arianie telah bertunang dengan seorang duda beranak tiga dan dijadualkan untuk mendirikan rumahtangga tidak lama selepas itu. Namun, perhubungannya dengan jejaka tersebut berkecai di pertengahan jalan, ‘kerana kami tidak serasi bersama,” kata wanita tinggi lampai ini. 

Kebetulan pada waktu yang sama, perkahwinan kedua Hattan dengan Noorfarashikin Othman dilanda kemelut dan akhirnya berakhir pada November tahun lalu selepas dua bulan berkahwin.

“Jodoh kami terlalu kuat. Walaupun kami sudah bercerai, kami sangat ‘transparent’ dan banyak berkongsi tentang kehidupan peribadi masing-masing dan selama ini tidak pernah timbul perasaan cemburu atau iri hati terhadapnya. Rupa-rupanya, sudah tersurat yang kami akan bernikah semula,” kata Arianie yang memang sinonim dengan watak peramah dan periangnya.

Kata Arianie, perancangan majlis perkahwinan mereka telah diserah bulat-bulat atas budi bicara Hattan termasuk dari aspek lokasi, menu dan tetamu.

Hattan dan Ariani pernah berkahwin pada 17 Disember 1996 sebelum bercerai pada 10 Mac 2005 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, Selangor. Mereka telah dikurniakan seorang putera, Adam Eiman, 14 hasil perkongsian hidup selama 11 tahun. 

“Alhamdulillah … anak kami, Adam sangat cool selepas kami memberitahunya tentang hasrat kami untuk bernikah semula,” kata Arianie sambil tertawa kecil.
Hattan nikah semula dengan bekas isteri
Hattan yang berada di sisi Arianie sepanjang perbualan kami, hanya tersenyum lebar mendengar respon bakal isterinya itu. 

“Saya sangat menyayangi Arianie. Dia teman hidup dan saya berasa cukup bahagia bila bersamanya. Yang menariknya, keluarga saya turut menyayanginya,” kata Hattan yang mengambil keputusan untuk menikahi Arianie semula selepas selamat pulang dari menunaikan ibadah umrah Jun lalu.

Yahoo! Malaysia mengucapkan sekalung tahniah kepada Hattan dan Arianie dan semoga bahagia hingga ke anak cucu.