Powered by Blogger.

Total Pageviews

Friday, 21 March 2014

E! News cari artis tempatan !


Dia cantik, peramah, suka merendah diri sekaligus aktres ini cukup di senangi ramai. Lantas dek perwatakan dimilikinya itu, Lisa Surihani selayaknya digelar 'buah hati' para peminat tanah air.

Meskipun isteri kepada pengarah dan pelakon Yusry Abdul Halim ini sedia dikenali ramai, namun ada beberapa perkara yang peminat tidak pernah tahu mengenai siapa sebenarnya heroin filem 'Istanbul Aku Datang' ini.

Bagaimanapun, pendedahan tersebut bakal dibuat oleh beberapa individu yang paling rapat dan penting dalam hidupnya seperti suaminya sendiri iaitu Yusry, ibunya serta sahabat baiknya.

Menariknya, 'rahsia' Lisa dibongkarkan secara eksklusif menerusi program 'E! News Asia Special' dan bakal ditayangkan selama 30 minit pada 30 Mac ini, di Astro Channel 712, jam 10 malam.

Bertemu Lisa pada majlis pelancaran dan sidang media program tersebut semalam, Lisa berkata dia berasa bertuah dan tidak menyangka kerana terpilih sebagai selebriti Malaysia pertama untuk muncul dalam program E! News.

"Ketika pihak E! News menyuarakan hasrat yang mereka mahu membuat sebuah program khas tentang diri saya, saya terkejut. Rasa macam tak percaya dan tak sangka dipilih oleh pihak E! News sebagai selebriti pertama di Malaysia. Tapi saya sangat menghargainya dan anggap ia satu penghormatan buat diri saya", kata Lisa Surihani pada sidang media E! News Asia Special di sebuah hotel terkemuka di ibu kota, semalam.
 
.

Dalam pada itu Lisa berkata, meskipun dirinya sudah dikenali ramai namun adakalanya dia terlupa bahwa dirinya seorang selebriti.

"Sejujurnya kadang-kadang saya terlupa yang saya seorang selebriti. Sebagai contoh, kalau saya sedang berjalan di pusat membeli-belah, kemudian jika ada orang yang menghampiri saya dan mahu mengambil gambar bersama, perkara pertama yang terlintas difikiran saya ialah mereka ini saudara mara saya di sebelah siapa? Sebelah ibu atau ayah saya? Bila lama sikit baru saya sedar yang mereka ini peminat...", katanya sambil tersenyum.

Justeru Lisa juga berkata dia teruja untuk mendengar pendedahan juga perspektif orang sekeliling mengenai dirinya.

Gadis masih hidup setelah terperosok bawah lori


21 Mac 2014

Kuala Lumpur: Berpantang maut sebelum ajal apabila seorang gadis terselamat walaupun terperosok di bahagian bawah lori sejurus terbabit kemalangan di simpang Jalan Kampung Bandar Dalam, Sentul, di sini semalam.


Dalam kejadian jam 8.40 pagi itu, mangsa, Nurhidayatul Afiqah Muassyis, 24, dikatakan terjatuh selepas dirempuh lori itu dari belakang menyebabkan mangsa tercampak. 

Saksi kejadian, Shamsul Abas, 40-an, berkata, mangsa yang tidak sempat bangkit dari jatuh kemudian hampir digilis lori itu.

Menurutnya, pemandu lori terbabit bagaimanapun masih sempat menekan brek sebelum tayar lori berhenti hanya beberapa sentimeter dari kepala mangsa.

“Seorang penunggang motosikal yang melalui lokasi kejadian kemudian segera memberi bantuan menarik mangsa keluar dari bahagian bawah lori itu.
“Gadis terbabit bagaimanapun hanya menangis teresak-esak akibat terkejut dengan kejadian itu. Saya cuba menenangkan gadis itu selain memintanya supaya menghubungi ahli keluarga,” katanya.


 

Dia berkata, mangsa bagaimanapun terus menangis dan memberitahu gagal mengingati apa-apa.

“Orang ramai mengerumuni lokasi kejadian menyebabkan mangsa yang juga penuntut sebuah institut pengajian tinggi itu kian panik.

“Saya kemudian menghantar mangsa ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan berikutan mangsa mengalami kecederaan kecil pada bahagian kaki kiri,” katanya.

Menurutnya, bapa mangsa yang berjaya dihubungi kemudian muncul tidak lama kemudian.

“Dia hanya mampu mengucap syukur sambil memeluk anaknya itu. Mangsa benar-benar bernasib baik dan terselamat dari ajal,” katanya.-myMetro

p/s berpantang maut sebelum ajal...

Ilmu Kewangan Yang Perlu Anda Tahu .


 Satu topik yg sangat2 diperlukan oleh semua orang, oleh semua masyarakat bahkan oleh seluruh dunia iaitu faham tentang financial, faham tentang wang . Jadi, sayangnya kita bersekolah dari umur 6 tahun sampai 18 tahun, dari upsr, spm, sijil rendah, sijil tinggi, diploma, bahkan sampai ijazah sekalipun, kewangan ini kita tidak fahami secara konkrit. Cuma konsep-konsep asas sahaja. Sebagai contoh, guru kita mengajarkan bagaimana caranya agar kita kaya. Apa yang diajarkan? Guru kita mengajar kita untuk menabung, guru2 kita mengatakan sedikit demi sedikit lama2 jadi bukit, katanya la kan.


  Tapi kita dah 2 tahun 3 tahun ya, 5 tahun 10 tahun menabung x kaya-kaya jugak, kerana prinsip menabung itu adalah sedikit demi sedikit lama-lama jadi “bosan”. KENAPA ? Kerana wangnya tidak naik-naik tidak bertambah-tambah kenapa? Ianya jelas sahaja, kita lihat misalnya dividen yang kita akan dapat apabila simpan di bank atau ASB sebanyak 7-8% setiap tahun sementara kita lihat inflasi setiap tahunnya akan sentiasa meningkat. Jadi, wang yang kita simpan di bank itu sebenarnya merosot nilainya, walaupun angkanya naik tapi oleh kerana inflasi, wang kita sebenarnya merosot.
Islam itu sarat dengan ajaran, sarat juga dengan contoh, kalau memang Islam mengajar kekayaan, tentu juga islam mengajar bagaimana caranya, bukan sekadar gagasan. Kita lihat, bagaimana caranya untuk kita menuju ke arah financial freedom. Kalau kata kita sudah kaya,(kaya tidak bermakna bebas kewangan) dan bertambah kaya, mudah-mudahan kita bebas kewangan.


  Kita lihat, apa yang diajarkan oleh Islam untuk mengembangkan duit kita yg pertama adalah perdagangan, yang kedua adalah pelaburan yang ketiga adalah dinar dan dirham seterusnya bersedekah.. Jadi, tidak pernah kita diajarkan dengan bersunguh-sungguh untuk menabung, itu tidak ada sebenarnya.Ya, saya juga menabung tapi itu bukan fokus utama saya, itu juga bukan focus utama kita kerana saya tahu bahawa menabung itu tidak boleh membuatkan anda kaya . PERCAYALAH . Kalau tidak percaya anda boleh cuba sendiri, 7 tahun 8 tahun menabung anda cuba tengok, berapa yg anda boleh simpan. Jadi, selebihnya anda perlu gunakan wang untuk yg lain iaitu perdagangan, perniagaan atau pelaburan kemudian emas seterus sedekah dan berkhidmat.
Jadi islam tidak pernah mengajarkan “Begitu engkau terima harta, begitu engkau terima wang maka kumpulkanlah menabunglah” . TIDAK !! Islam mengajar kita untuk menggerakkan harta atau wang tersebut.

Bagaimana nak gerakkan? Macam saya cakap tadi, perniagaan atau perdagangan, sekarang kita lihat pada perdagangan Nabi berdagang, isterinya berdagang sahabatnya juga berdagang. Kemudian jika kita lihat, matawang dalam bahasa inggerisnya adalah“currency”, currency berasal daripada perkataan current dalam bahasa melayunya adalah arus. Jadi ertinya disini, wang itu mesti bergerak terus menerus, kalau wang itu berhenti, nilainya akan turun.\. kalau wang itu bergerak nilainya akan naik. Kalau kita letakkan di bank, nilainya akan turun. Bagi bank naik kerana bank putarkan duit kita itu. Untuk meningkatkan nilai duit, kita mesti gerakkannya. Currency itu kan arus, mesti bergerak terus menerus dan apa sahaja yang bergerak terus menerus mestinya sihat seperti darah, udara, air. Kalau dia bergerak terus menerus ianya sihat kalau air bergerak terus menerus ia boleh digunakan untuk berwuduk, boleh suci mensucikan. Tapi kalau air itu tidak mengalir tidak di galakkanlah begitu juga dengan darah, jika darah kita stop mesti kita mati kan ? Jadi kalau bergerak terus menerus ianya sihat.

Perniagaan atau perdagangan itu menggerakkan wang kita. begitu juga dengan pelaburan.. Dalam islam, perniagaan dianggap sebagai satu aktiviti yang sangat mulia dan islam sangat menggalakkan aktiviti perniagaan. Banyak ayat dan hadis yang mengalakkan dan menyokong aktiviti perniagaan. Perniagaan juga dianggap sebagai punca rezeki yang paling banyak.

Rasulullah SAW pernah bersabda dalam satu hadis bermaksud: “9/10 rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.” (Hadis riwayat Tirmizi). 

Jadi daripada kita menabung wang lebih baik kita kembangkan wang tersebut. Jadi yang digalakkan itu adalah berniaga, bukannya menabunng dan ini dua hal yang berbeza sebenarnya. Kalau kita letakkan wang di bank itu bukan simpan namanya kerana nilainya termakan oleh inflasi.

Menariknya kita lihat disini kalau kita tarik wang kita untuk perniagaan atau perdagangan. Sebagai contoh, anda mempunyai wang sebanyak rm10,000 dan kita simpan di bank, pertama dimakan oleh inflasi dan yang keduanya zakat lebih kurang sebanyak 2.5%. Jadi anda cuba kira 2.5/100xRm10,000. kat sini nilai wang anda dah berkurang. TAPI kalu kita gunakan wang kita rm10,000 untuk membuat perniagaan atau perdagangan, mungkin untung 20K jadi, zakat tadi dengan senang saja kita bayar dan wang anda berkembang dari rm10k-RMinfinity. Jadi, Islam telah menilai disini ada manfaatnya wang itu bergerak sebenarnya, jadi kita perlu faham tentang financial atau kewangan.

Cuba anda bayangkan, kita bersekolah dari umur 7 tahun sampai 18 tahun seterusnya ke unversiti pernah tak kita belajar ilmu untuk kembangkan wang kita? Ternyata tidak ada kan? Yang ada cuma ilmu untuk menjadi seorang pekerja. Ternyata inilah yang kita hadapi tiap-tiap hari dari kita umur 20 sampai la meninggal dunia nanti. Kalau kita tidak belajar ilmunya bagaimana?? Saya sarankan anda fahami ilmu perdagangan atau perniagaan dan pelaburan. Jadi anda mesti faham yang saya sebutkan tadi, matawang yg disebutkan dengan currency itu berasal daripada perkataan current, current ertinya arus. Jadi wang itu mesti bergerak terus menerus itu yang sebenarnya yang kita perlu tanamkan dalam minda kita. Jadi, wang tidak boleh stop di dalam poket, bawah bantal mahupun di bank kerana nilainya akan merosot. Kalau digerakkan terus menerus nilainya akan meningkat. Ini mudah-mudahan banyak manfaatnya bagi diri kita sebagai umat islam dan orang lain,, kalau wang kita stop saja xda manfaat atau kurang optimal sebenarnya.. jadi faham financial adalah sangat2 penting bagi setiap orang.. ilmu2 ini saya perolehi daripada buku-buku pakar kewangan Nombor 1 dunia iaitu Robert T Kiyosaki. Dia juga menyarankan kita berbisnes dan pelaburan dan ternyata bukan dengan menabung.

Sumber 

Chef Wan persenda penemuan objek yang dikatakan pesawat MH370


KUALA LUMPUR: Chef selebriti, Datuk Chef Wan hari ini mempersenda insiden kehilangan pesawat MH370 menerusi akaun Instagramnya di @chefwan58.

Dalam entri terbarunya, Che Wan bergambar bersama sekeping objek yang dikatakannya sebahagian daripada pintu pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Dalam nada berjenaka yang tidak kena tempat, Chef Wan menyatakan objek tersebut merupakan sebahagian daripada pintu tandas di sebuah rumah di pantai Morib.

Perth merupakan lokasi di mana dua objek yang dikatakan petunjuk terbaik dalam menyelesaikan misteri kehilangan pesawat MH370.


 

Entri tersebut telah pun dipadamkan olehnya setelah menerima 701 likes dan dikecam oleh pengikut akaun Instagramnya itu.

Tanpa memikirkan sensitiviti 239 penumpang dan anak kapal pesawat itu, tindakan Chef Wan dianggap keterlaluan lebih-lebih lagi apabila ia dilakukan oleh personaliti yang dipandang tinggi dalam bidang masakan tempatan dan dunia.

Che Wan merupakan Duta Ikon Pelancongan dan Duta Masakan Malaysia.

Operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 kini masuk hari ke-14 dan misi diteruskan di selatan Lautan Hindi di barat daya Perth.

Thursday, 13 March 2014

Objek di syaki MAS 9MMRO (MH370) di kesan melalui satelit.


Foto
IMEJ objek terapung di laut dikesan satelit milik China, Ahad lalu di kawasan terakhir pesawat MAS 370 dilaporkan terputus hubungan. - Foto AP
BEIJING: China berkata satelit miliknya mengesan tiga objek besar terapung di kawasan terakhir pesawat MAS MH370 dilaporkan terputus hubungan.

Pentadbiran Sains dan Teknologi China pada lewat semalam berkata, satelitnya melihat objek yang disyaki kawasan di mana pesawat hilang' di Laut China Selatan pada 9 Mac lalu dengan imej satelit sedang dianalisis. 


Objek yang disyaki dari pesawat itu dikesan di 105.63 darjah longitude Timur dan 6.7 darjah latitude Utara, demikian menurut pusat pentadbiran itu dalam laman webnya. 

Ia menambah objek itu bertaburan di kawasan lingkungan 20 kilometre dengan bersaiz 13 x 18 meter, 14 x 19 meter dan 24 x 22 meter. - AFP

Tuesday, 11 March 2014

PitBul Bersangkut-Paut hilangnya MH370 .


PITBULL FT. SHAKIRA lyrics : "Get It Started"


[Pitbull:]
To all these rappers I apologize
I know it ain't fair,
the only ball I drop
New Years, Times Square
The world is mine
sixth sense
I see seven signs
now baby, let's get started for life

[SHAKIRA, Chorus:]
Everytime I look into your eyes (Mr Worldwide)
I feel like I could stare in them for a lifetime
we can get started for life (tonight)
for life (tonight) for life
we can get started for life (tonight)
for life (tonight) for life
we can get started

You know it feels right

[Pitbull:]
Big news, Pitbull
Tom Cruise, Mumbai
all lit up like a December night,
like the 4th of July, Vanilla Sky
Thrilla in Manilla
Knockin em out like Pacquiao
New Ali, new Frazier
but for now it's off to Malaysia
Two passports, three cities, two countries, one day
Now that's worldwide

if you think it's a game let's play
Dale

[SHAKIRA, Chorus:]
Everytime I look into your eyes (Mr Worldwide)
I feel like I could stare in them for a lifetime
we can get started for life (tonight)
for life (tonight) for life
we can get started for life (tonight)
for life (tonight) for life
we can get started

You know it feels right

I am what they thought I'd never become,
I believed and became it
now I'm here to claim it
I hustle anything, you name it
I went from evictions to food stamps,
to back in work what dawn..
to a passport, flooded with stamps
now slowly, everywhere I land
Two passports, three cities, two countries, one day
Now that's worldwide
if you think it's a game let's play
Dale

Cause if it feels right
we shouldn't waste any more time
let's get it started, don't think about it
you know I'm gonna make alright, alright
Cause if it feels right
you know I've made up my mind
let's get it started, don't think about it
I know that we can make it alright alright

[Chorus:]

Don't start what you can't finish
you know it feels right
let's go!

you know it feels right