Powered by Blogger.

Total Pageviews

Wednesday, 28 September 2016

"Dr" Azizan Osman Adalah Dr. Palsu ?


Baru-baru ini viral tentang gelaran Dr. Azizan Osman bukan seorang yang mempunyai pendidikan dan sijil Ph.D . Oleh kerana isu itu melibatkan Universiti Malaya, akhirnya UM telah mengeluarkan kenyataan di Facebook mereka.





Walaupun ada segelintir netizen menyokong gelaran "Dr" dan tidak mempedulikan hal tersebut . Rakyat Malaysia perlu sedar, jenayah tetap jenayah .

Sila baca petikan yang kami ambil dari Berita Harian di bawah :

--- Khamis, 23 April 2015 ---


Membendung profesor, gelaran PhD palsu

Beberapa hari lalu, Majlis Profesor Negara (MPN) melancarkan buku Garis Panduan Penggunaan Gelaran Profesor bagi mengangkat kredibiliti profesion dan imej ahli akademik di Malaysia bertujuan menjelaskan penyalahgunaan gelaran profesor pada pangkal nama atau kad nama. Bahkan sudah ramai menyalahgunakan ijazah Sarjana Kedoktoran (PhD) sama ada dibeli menerusi online, diplagiat atau mengupah orang menyediakan tesis bagi tujuan penipuan dan komersial. 


Banyak kes seperti ini sama ada di Malaysia ataupun luar negara termasuk negara maju yang menjadi hab pengajian tinggi. Beberapa tahun lalu, bekas Pengarah Kanan dan Ketua Pegawai Maklumat, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat (AS), Laura Callahan meletak jawatan selepas didapati membeli Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan PhD secara dalam talian. Kes ini menggegarkan keselamatan Rumah Putih kerana dilihat seolah-olah tidak menyemak latar belakang sebelum mengambil beliau bertugas. AS mengeluarkan 50,000 ijazah PhD seluruh dunia, bernilai RM3.6 bilion (AS$1 bilion) setahun. 


Di Pakistan pula ada banyak universiti melantik profesor kelulusan PhD palsu dan ia menjejaskan kredibiliti universitinya. Pembabitan 'profesor segera' ini merosakkan imej dan mutu pengajian terutama bidang perubatan. Di Russia, ijazah palsu dapat dibeli dengan harga RM3,000. Ada juga sindiket mengeluarkan ijazah palsu atas nama Universiti Harvard - pusat pengajian tinggi terbaik di dunia, dengan harga RM120,000. Sedia khidmat ijazah palsu Malah, sebuah laman sesawang menyediakan perkhidmatan mengeluarkan ijazah palsu, termasuk PhD dari pusat pengajian tinggi dengan bayaran RM240. Tawaran ini jadi lebih menarik apabila mereka bebas memilih apa sahaja bidang dikehendaki atau mana-mana universiti untuk diisi dalam ijazah palsu itu. 


Ijazah palsu membabitkan universiti Malaysia mula dikesan susulan kes penipuan untuk mendapat kelulusan Universiti Sains Malaysia (USM) beberapa tahun lalu. Selain kes sijil palsu USM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menumpaskan sindiket penjualan sijil palsu lebih RM5 juta, kononnya daripada lima universiti luar negara. Pembelinya terdiri daripada kalangan ahli politik dan individu bergelar Tan Sri. Syarikat mengenakan harga RM6,500 bagi ijazah Sarjana Muda, RM8,500 (Sarjana) dan RM10,500 (PhD) dalam pelbagai jurusan kononnya diiktiraf lima universiti luar negara, antaranya Universiti Rockhampton, Universiti Harvey International, Universiti Cannington Brook dan Universiti Charles Molnar.






Ramai orang 'sakit jiwa', pemalas dan suka menipu mencari jalan pintas, cepat, tidak perlu belajar untuk mendapatkan ijazah secara mudah, dalam tujuh hari sedangkan pelajar universiti menghabiskan tiga hingga enam tahun untuk mendapatkan diploma dan ijazah. Bukan mudah untuk mendapat PhD kerana memakan masa lama. Perlu berkorban wang ringgit, keluarga dan masa. Perbuatan segelintir mereka ini adalah tidak adil kepada pemilik ijazah sebenar. Mereka yang terbabit dalam kes pemalsuan ijazah, biasanya bijak bercakap tetapi isinya kosong dan hanya boleh dikesan sesetengah pakar apabila dibandingkan dengan kelulusan diperoleh. 



Selalunya orang yang gagal dalam pelajaran dahagakan pengiktirafan, lebih-lebih lagi orang yang baru dikenali. Mereka mahu dipandang tinggi, berilmu, berkebolehan dan boleh dijadikan pakar rujuk. Perdaya orang Mereka bangga memperkenalkan diri sebagai 'Dr' dan profesor memperdayakan orang sedangkan hanya tamat Tingkatan Tiga ataupun Tingkatan Lima. Kadangkala dengan gelaran 'Dr' dan profesor yang dijaja sebagai pakar motivasi, MLM, penjual produk kosmetik dan ahli perniagaan, mereka dapat lebih peluang dan keutamaan menjawat jawatan penting seperti pengarah dan perunding dalam organisasi serta senang mendapat kontrak projek. 


Ditambah pula dengan sikap orang ramai mudah percaya dengan kepetahan bercakap tanpa meneliti latar belakang pengajiannya, selain kelemahan majikan di Malaysia yang hanya melihat rekod jenayah pemohon pekerjaan tanpa menitikberatkan status pendidikan menyebabkan kegiatan membeli ijazah sarjana dan PhD palsu semakin berleluasa. Satu pusat menyimpan data graduan mesti ditubuhkan untuk mengelak kes pemalsuan ijazah dan semua sijil dicetak Percetakan Nasional yang mempunyai tahap sekuriti tinggi. 


Seseorang bergelar Tan Sri, Datuk, ahli perniagaan dan pakar motivasi tidak berintegriti dan patut merasa jijik memiliki ijazah palsu serta sanggup menggunakan gelaran doktor atau profesor. Mereka patut malu kepada masyarakat bahkan kepada ahli keluarga yang mengetahui taraf pendidikan dimiliki. Adalah wajar sesiapa yang menggunakan sijil palsu dihukum mengikut Seksyen 471 dan 468 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan boleh dihukum tidak lebih daripada tujuh tahun atau didenda atau kedua-duanya. 


Penipuan sijil palsu perlu dibendung agar tidak merebak dan kelak disalah guna warga asing ketika Malaysia mengambil pelbagai usaha menjadikan negara sebagai hab pengajian tinggi. 


Penulis ialah Presiden Transparensi International Malaysia


Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/49221

Tuesday, 22 December 2015

Anda Usahawan ?


Perkataan ‘entrepreneur’ adalah dalam bahasa inggeris berasal daripada bahasa 
Peranchis‘entreprendre’ yang bermaksud memikul atau mencuba.manakala dalam 
bahasa Malaysia istilah usahawan sebenarya berasal dari perkataan ‘usaha’. 
Menurut kamus dewan, usaha ialah daya upaya termasuk ikthiar, kegiatan, perbuatan 
dan lain-lain hal untuk melaksanakan atau menyempurnakan sesuatu pekerjaan.

Terdapat pelbagai definisi yang telah diberikan ke atas usahawan dan keusahawanan. 
Schumpeter (1934) dalam Dollinger (1995) mendefinsikan keusahawanan sebagai 
syarikat yang melaksanakan kombinasi baru bagi pembangunan produk dan perkhidmatan 
baru, sumber baru untuk bahan mentah, kaedah baru pengeluaran, pasaran baru dan 
organisasi berbentuk baru. Manakala Cole (1969) mendefinisikan keusahawanan 
sebagai aktiviti yang mendatangkan manfaat melalui pembangunan perniagaan 
yang berorientasikan keuntungan.








Di samping itu, Kuratko & Hodgetts (1992) telah menyatakan dengan jelas apa
yang dimaksudkan dengan usahawan. Mereka menyatakan bahawa “entrepreneur 
is onewho undertakes to organize, manage and assume the risks of busness” selain 
daripada itu,Dollinger (1995) menyatakan bahawa kewujudan usahawan bukanlah 
satu fenomena yang baru, usahawan telahpun muncul dan wujud di sepanjang perjalanan 
sejarah, tetapikonsep dan pelaksanaanya pada masa lalu dan sekarang adalah berbeza 
dari segi penciptaan dan penerokaan.Kirzner (1979) pula telah mendefinisikan 
usahawan sebagai individu yangsentiasa berwaspada ke atas peluang-peluang 
perniagaan yang orang lain tidak menyedarinya.usahawan akan mengambil tindakan secara 
imaginative, kreatif daninovatif. Selanjutnya beliau menyatakan:

“Entrepreneur is more than a just a risk-taker and innovator. He or she is the one who 
sees the future that no one else has seen and. If this perception is correct, bring about
 a reordering of resources to produce greater consumer  satisfaction and technological efficiency”.
Seterusnya, Stevenson, Roberts & Grousbeck (1989) telah memberi definisi yang 
lebih berani dengan menyatakan keusahawanan sebagai kesediaan individu untuk 
merebut peluang tanpa mengambil kira sumber semasa yang ada dalam kawalanya. 

Hasil daripada pelbagai definisi yang telah diberikan menjurus Dollinger (1995) 
untuk mendefinisikan keusahawanan sebagai pembentukan syarikat ekonomi 
yang inovatif bagi tujuan keuntungan atau perkembangan serta kesediaan untuk 
berhadapan dengan risiko dan ketidakpastiaan. Definisi-definisi yang telah diberikan 
di atas mendapati keusahawanan mempunyai kaitan rapat dengan usaha-usaha pembentukan,
 perubahandan pembangunan bagi mewujudkan kombinasi baru dalam melaksanakan aktiviti 
yang berkaitan denganya.

Thursday, 17 December 2015

Gadis Syria - Tidak Mahu Bernikah Lelaki Mesir



Wanita Syria menunggu visa untuk masuk ke Lubnan.
Kaherah: Majlis Hak Asasi Wanita Mesir (NCWR) baru-baru ini mengecam fenomena lelaki Mesir berkahwin dengan pelarian Syria. 









Ramai penduduk Syria menjadi pelarian ke Mesir berikutan konflik di tanah air mereka. Jumlah pelarian Syria berdaftar mencecah 8,858 orang menurut data paling terbaru Suruhanjaya Tinggi Pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNHCR). 

Majlis itu dalam satu kenyataan berkata, perkahwinan itu adalah “jenayah dilakukan ke atas wanita atas nama agama, apabila ulama menggalakkan lelaki muda Mesir berkahwin dengan pelarian Syria.” 

Sesetengah lelaki mewajarkan perkahwinan itu sebagai langkah pemurah untuk menyelamatkan gadis Syria daripada status pelarian mereka walaupun hakikatnya mereka dipergunakan untuk mendapatkan wang manakala mas kahwin untuk perkahwinan itu biasanya tidak melebihi 500 pound Mesir (RM229.17). 

Aktivis berkempen 

Sebuah akhbar tempatan menerbitkan kisah dengan tajuk ‘Tragedi tersembunyi perkahwinan Syria di Mesir’ yang melaporkan fenomena itu menghasilkan broker untuk perkahwinan itu. 


Menurut status undang-undang Syria, usia minimum untuk berkahwin bagi gadis ialah 16 tahun, manakala undang-undang tidak mengawal perkara itu mengikut perlembagaan baru Mesir. 

Kempen dilancarkan dalam laman rangkaian sosial. Aktivis mewujudkan ruangan di Facebook menggunakan nama ‘Pelarian tidak ditawan’ dan satu hashtag di Twitter mengecam isu terbabit. 

Majlis mendesak siasatan terhadap angka disebut media dengan pembabitan individu yang menjadi broker perkahwinan supaya tindakan wajar diambil. - Agensi

Tuesday, 15 December 2015

10 Fakta Emas Yang Menarik


Kebanyakan orang membeli emas hanya untuk tujuan pelaburan, atau mempunyai untuk perlindungan terhadap ekonomi. Tetapi emas bukan semua tentang pelaburan dan perlindungan!

Percaya atau tidak, ada sebenarnya satu masa dahulu emas adalah menyeronokkan untuk di simpan dan juga menyeronokkan untuk di cari!

Walau bagaimanapun, kerajaan telah campur tangan dan kini ia adalah hampir satu keperluan untuk melindungi diri anda daripada inflasi dan kejatuhan rata daripada negara kita.

Sebab itu kami mahu menunjukkan beberapa fakta yang menyeronokkan tentang emas! Berikut adalah sepuluh daripada 100 fakta menarik tentang emas yang anda mungkin tidak pernah tahu!

10. Emas digunakan dalam topi keledar kaca tingkap dan angkasawan untuk mencerminkan sinar inframerah sementara membolehkan cahaya matahari memasuki, dan pada masa yang sama memastikan ia sejuk.

9. Emas kimia cecair dan disuntik ke dalam otot ribu mangsa artritis reumatoid di Amerika Syarikat, dan dikatakan bahawa rawatan yang berjaya dalam tujuh daripada sepuluh kes.



8. Dalam setiap batu padu air laut terdapat 25 tan emas! Itulah sejumlah kira-kira 10 bilion tan emas di lautan; Walau bagaimanapun, tidak ada cara yang diketahui untuk mendapatkannya kembali dari segi ekonomi.

7. Emas boleh dibelasah menjadi kepingan sangat nipis, sehingga timbunan mereka yang tinggi inci akan mengandungi lebih 200,000 helaian berasingan.

6. Auns tunggal emas boleh ditarik ke dalam wayar 60 batu panjang.

5. Nugget emas terbesar dijumpai di Amerika Syarikat ditimbang £ 195; ia datang dari California.

4. Emas adalah begitu berat bahawa satu kaki padu ia mempunyai berat setengah tan.

3. Satu auns emas nugget lebih jarang untuk di jumpai daripada berlian lima karat.

2. Semua emas di dunia boleh dimampatkan ke dalam kiub 18 ela, iaitu kira-kira 1/10 jisim Monumen Washington.

1. Emas dikatakan begitu jarang berlaku bahawa dunia menuangkan keluli lebih dalam masa satu jam daripada yang telah dicurahkan emas sejak permulaan zaman.

Tuesday, 8 April 2014

Cara top up prepaid tunetalk


topup-toneexcel

Berikut saya berikan beberapa jenis kaedah yang boleh anda gunakan untuk top up prepaid Tune talk anda.

cara topup prepaid tunetalk
1. Boleh beli top up tunetalk di mana-m
ana kedai runcit, 7 eleven. Hanya katakan bahawa anda ingin beli topup tunetalk bernilai RM5, RM10, RM20, RM30, atau RM50. Anda akan menerima resit yang mengandungi nombor pin utuk dimasukkan. Hanya ikuti arahan yang disediakan bersama-sama resit tersebut.

Boleh guna cara dail *122*<16 digits PIN>

2. Anda juga boleh topup prepaid tunetalk secara terus ke handphone anda. Ini boleh dilakukan melalui pembelian secara autoreload . Dimana anda perlu memberikan nombor telefon anda kepada pihak penjual. Saya biasa menggunakan cara ini semasa membuat pembelian topup secara online melalui Maybank2u, CIMB, dll. Lebih mudah dan pantas.

Jika minat nak buat duit dengan bisnes prepaid tunetalk  dimana tiap kali anda dan rakan anda topup prepaid tunetalk, anda akan dibayar komisen, boleh daftar free disini dulu. 

Wednesday, 26 March 2014

Menteri Pertahanan Australia Sindir Najib Razak Sebar Spekulasi Isu #MH370.




Kata menteri pertahanan Australia ;

1. SEMUA ADALAH SPEKULASI sehinggalah serpihan pesawat ditemui.

2. Kenyataan dibuat sejurus Najib umumkan penerbangan MH370 berakhir di Lautan Hindi.

3. Katanya semua info2 berkaitan MH370 adalah berbaur spekulasi semata2.

4. Sehingga kita menemukan apa2 bukti, objek, serpihan yang boleh mengaitkan ia dengan kehilangan MH370 maka semua kesimpulan berkaitan MH370 adalah bersifat spekulasi.

5. Kenyataan ini diulas berdasarkan kepada data2 yang diserahkan oleh firma INMARSAT dari UK yang disampaikan kepada Najib Razak sebelum ia diumumkan di dalam sidang media pada malam semalam.

6. David Johnston menegaskan walaupun dia tak menafikan data2 dari satelit berperanan membantu penyiasatan namun sehingga ada penemuan serpihan berkaitan MH370 ditemui maka semua kesimpulan yang dinyatakan adalah spekulasi semata2.

  • All 'speculation' until MH370 debris found
  • Defence Minister David Johnston says until debris is recovered and positively identified as being from Malaysia Airlines flight MH370,any information about the search for the missing plane is speculation.
  • Malaysian Prime Minister Najib Razak told a press conference in Kuala Lumpur late on Monday that based on new analysis by the UK Air Accidents Investigation Branch and tracking firm Inmarsat, the plane flew along the southern corridor and crashed into the ocean west of Western Australia.
  • But Senator Johnston said while the British data is all the authorities have to go on, he stressed no debris had yet been recovered from the massive search area in the Indian Ocean.
  • "The turning point for us, I think, will be when we pull some piece of debris from the surface of the ocean and positively identify it as being part of the aircraft," he told reporters at the RAAF Pearce air base north of Perth on Tuesday.
  • "This is a mystery and until we recover and positively identify a piece of debris, everything is virtually speculation."

Friday, 21 March 2014

MH370 : KECOH ! Keluarga Mangsa Serang Sidang Media


SHAH ALAM - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sudah mengarahkan siasatan segera dijalankan berhubung tindakan lima saudara mara penumpang MH370 warga China yang cuba menceroboh pusat media di Hotel Sama-Sama, semalam.

"Kami kesal kejadian yang berlaku di sidang akhbar itu membabitkan beberapa saudara mara penumpang MH370. Kita hanya boleh membayangkan kesedihan yang terpaksa mereka alami," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Terdahulu, sejurus sebelum sidang akhbar yang dijadual bermula pada 5.30 petang, lima saudara mara penumpang pesawat berkenaan membuat kecoh apabila dua kali mereka cuba menceroboh pusat media.

Kali pertama mereka cuba memasuki pusat media ialah pada 4.45 petang dan menimbulkan kekecohan dengan tangisan serta jeritan selain turut membawa sepanduk bertulisan Mandarin. Taklimat media belum bermula ketika itu.

Dalam perkembangan berkaitan, Hishammuddin turut menegaskan, Malaysia sudah melakukan apa yang terdaya untuk mencari pesawat yang hilang itu.




Rakan percaya penumpang, kru MH370 selamat

KOTA BHARU - Pengarah Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) Kelantan Azran Deraman, rakan karib Sofuan Ibrahim iaitu seorang daripada 227 penumpang pesawat MH370 yang hilang sejak 12 hari lepas, percaya rakannya itu masih selamat.

Beliau yakin Sofuan, yang juga pegawai Miti, masih hidup dan akan pulang dengan selamat akhirnya.

"Bukan Sofuan sahaja, semua penumpang dan kru masih selamat. Saya berdoa ia menjadi kenyataan buat semua," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Azran berkata Sofuan pernah bersamanya menjalani latihan untuk Pegawai Tadbir Diplomatik dan bertugas bersama di kementerian sebelum beliau bertukar ke Kelantan beberapa tahun lalu.

Beliau berkata Sofuan ke Beijing, China adalah kerana bertugas di sana dan sebelum ini telahpun beberapa kali menangguhkan pemergian ke sana.

Kali terakhir Azran bertemu Sofuan adalah kira-kira seminggu sebelum rakannya itu berlepas ke Beijing.

Penerbangan MH370 yang menggunakan pesawat Boeing 777-200ER membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam Jumaat.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pukul 6.30 pagi Sabtu. 

Perkembangan hari ke-12 misi mencari MH370

KUALA LUMPUR - Berikut kenyataan Menteri Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada taklimat media mengenai operasi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 di Sepang, Selangor hari ini:

Kenyataan pengenalan

Pencarian MH370 diteruskan. Seperti yang saya nyatakan dalam sidang akhbar semalam, usaha kini membabitkan masyarakat antarabangsa.

Fokus utama kami kekal operasi mencari dan menyelamat. Kami kini berusaha mengecilkan koridor carian melalui:

- pengumpulan maklumat satelit
- menganalisis data radar
- menambah aset udara, laut serta darat, dan
- menambah bilangan pakar teknikal.

Kami turut mengambil langkah untuk menangani keperluan keluarga pada masa yang sukar ini.

Perkembangan terkini operasi

Saya akan mulakan dengan memberi taklimat berhubung perkembangan terkini operasi.

Seperti yang kami nyatakan sebelum ini, pencarian MH370 membabitkan cabaran dari segi diplomatik, teknikal dan logistik.

Sehubungan itu, pasukan teknikal utama yang mengendali operasi mencari dan menyelamat dipecah kepada tiga kumpulan:

- satu pasukan diplomatik diketuai Kementerian Luar
- satu pasukan penempatan aset dan logistik diketuai Angkatan Tentera Malaysia
- satu kumpulan teknikal yang mengekalkan kawalan keseluruhan operasi diketuai Jabatan Penerbangan Awam.

Di barisan depan diplomatik, kesemua 26 negara yang terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat telahpun secara lisan bersetuju membantu operasi ini dan Malaysia secara rasmi sudah memohon kerjasama dari semua negara yang berkaitan.

Sejumlah aset kini hanya menunggu kebenaran diplomatik bagi memulakan operasi.

Sebaik menerima kebenaran rasmi, kami boleh mempercepat penempatan aset di sepanjang koridor carian.

Seperti yang saya nyatakan semalam, meskipun pencarian masih diselaras oleh Malaysia, rakan kita kini mengambil alih operasi di wilayah mereka dan di sektor yang dipersetujui. Kami mengalu-alukan langkah ini dan sekali lagi, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakan kita atas bantuan serta sokongan mereka yang berterusan.

Saya boleh mengesahkan bahawa kami menerima beberapa data radar namun tidak boleh mendedahkan maklumat yang diperoleh dari negara lain.

Saya merayu kepada semua rakan kita untuk terus secara sukarela memberi sebarang maklumat yang boleh membantu siasatan dan pencarian MH370.

Mengenai laporan bahawa pesawat itu dilihat di Maldives, saya boleh mengesahkan bahawa panglima angkatan tentera telahpun menghubungi rakan sejawatan beliau di Maldives, yang kemudian mengesahkan bahawa laporan itu adalah tidak benar.

Titik Laluan

Saya sedar tentang spekulasi yang menyatakan bahawa titik laluan ditambah kepada laluan penerbangan pesawat itu. Saya boleh mengesahkan bahawa pesawat itu terbang di laluan normal sehingga ke titik laluan IGARI.

Tiada titik laluan tambahan didokumen di pelan penerbangan MH370 dan ini menggambarkan laluan normal sepanjang perjalanan pesawat itu ke Beijing.

Siasatan Polis


Berhubung siasatan polis, sepertimana yang disahkan oleh ketua polis negara, kes ini diklasifikasi di bawah Seksyen 130C Kanun Keseksaan. Semua penumpang, anak kapal dan kakitangan yang mengendali pesawat sedang disiasat.

Kami berkongsi semua maklumat berkaitan kes ini dengan semua agensi penyiasatan antarabangsa yang memerlukannya.

Kami telahpun menerima laporan berkaitan latar belakang penumpang dari semua negara kecuali Ukraine dan Rusia, yang kedua-dua rakyatnya turut berada dalam pesawat itu. Setakat ini, tiada maklumat yang didapati signifikan berkaitan mana-mana penumpang.

Kepakaran tempatan dan antarabangsa diambil untuk meneliti simulator penerbangan juruterbang terbabit. Beberapa data didapati telahpun dipadam daripada simulator itu dan kerja-kerja forensik untuk mendapatkannya kembali sedang dilakukan.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyatakan bahawa penumpang, juruterbang dan anak kapal adalah tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya.

Demi keluarga mereka, saya minta agar kita jangan membuat sebarang spekulasi yang boleh menyulitkan lagi keadaan.

Pasukan Peringkat Tinggi


Saya ingin mengumumkan bahawa sebagai tambahan kepada pasukan sedia ada di lapangan, Malaysia kini menghimpun satu pasukan peringkat tinggi yang akan berlepas ke Beijing secepat mungkin.

Pasukan ini akan memberi taklimat dan perkembangan kepada waris berkaitan situasi terkini dan pelan operasi mencari serta menyelamat.

Pasukan itu termasuk wakil dari Pejabat Perdana Menteri, Kementerian Luar, Tentera Udara Diraja Malaysia, Jabatan Penerbangan Awam dan Malaysia Airlines.

Pasukan itu akan diketuai Leftenan Jeneral Dato' Sri Ackbal Abdul Samad (Komander Operasi Udara, Tentera Udara Diraja Malaysia), dibantu oleh Ahmad Nizar Zolfakar (Pengarah, Perkhidmatan Trafik Udara, Jabatan Penerbangan Awam) serta membabitkan seorang juruterbang kanan pesawat 777.

Kenyataan Penutup

Kami akan berusaha bersungguh-sungguh. Fokus utama kami ialah operasi mencari dan menyelamat. Kami kini melakukan segalanya bagi mengecilkan kedua-dua koridor carian.

Keluarga penumpang dari China buat kecoh


Keluarga mangsa dari Beijing datang ke Hotel Sama-Sama sewaktu sidang media untuk bertemu media bagi mengetahui perkembangan pencarian Pesawat MH370 di Sepang hari ini. - Foto Sinar Harian Oleh: Zulfadhli Zaki

SEPANG - Keadaan di Hotel Sama - Sama kecoh seketika apabila sekumpulan ahli keluarga penumpang dari China menyerbu bilik sidang media dengan membawa kain rentang yang tertulis "Kerajaan Malaysia sembunyikan kebenaran".

Suasana menjadi tidak terkawal apabila wartawan luar negara menyerbu ahli keluarga terbabit.

Salah seorang ahli keluarga mula menangis dan menjerit menyatakan rasa tidak puas hati terhadap cara kerajaan Malaysia menangani masalah kehilangan pesawat MH370.

"Tolong beritahu di mana anak saya, ke mana dia pergi," kata seorang wanita warga China dalam bahasa Mandarin.

Seramai 153 penumpang China yang menaiki penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac lalu.

Menyedari keadaan itu, pihak berkuasa meminta ahli keluarga berkenaan bersurai dan keluar daripada bilik sidang media.

Kumpulan tersebut tidak berpuas hati dengan tindakan pihak berkuasa dan terus membuat kecoh di lobi hotel berkenaan.

Kejadian yang berlaku kurang setengah jam sebelum sidang media rasmi berlangsung.





SEPANG - Maklumat yang dipadamkan dalam simulator milik juruterbang Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac, Kapten Zaharie Ahmad Shah adalah data log daripada tiga jenis permainan penerbangan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata hasil siasatan awal mendapati data log daripada simulator itu dipercayai dipadamkan pada 3 Februari lepas.


Sidang media itu dihadiri pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya dan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman.

"Tiga jenis permainan dalam simulator itu adalah 'flight simulator X', 'flight simulator 9' dan 'X flight 10'," katanya pada sidang media harian mengenai perkembangan terbaharu operasi mencari dan menyelamat MH370 di sini hari ini.




Simulator itu diambil pada 16 Mac lepas dari rumah Zaharie di Shah Alam untuk dibawa ke Bukit Aman dan diperiksa, dengan harapan memberi penunjuk bagi mencari pesawat itu.